Saturday, April 23, 2011

mEnYiNtAi & diCiNtAi

Sekadar berkongsi...
Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.
Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih ..terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada
di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini
hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."


Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi
meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang
sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.

Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.


Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano.
pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma
membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda
selamanya..."

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan.

Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda ayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas.

Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan
sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam
hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda
mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban
dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai

Tuesday, April 12, 2011

cAnTiKnYa wAnItA

"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi. Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantik lah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah dia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya.

Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari. Jika ia seorang isteri bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana di arah di situlah perginya, Alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai,

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita samaada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya,tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. 

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. 

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang irihati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik, indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. 

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Dimana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikkan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak terpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran: "Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan.
"

Monday, April 11, 2011

aPaKaH sEbEnArNyA ? ?


"Aku sebenarnya dalam kebingungan memikirkan akan topik ini untuk dibicarakan.. tapi sekadar menyampaikan pandangan sahaja barangkali... 

Apa sebenarnya yang berlaku...aku hairan kerana kita semua pasti mengalaminya.. mungkin kerana terpengaruh dgn teori Charles Darwin, maka diberikan perumpamaan terhadapnya..ada yg menjadi bahagia, x kurang juga yg menderita kerana kesannya...itulah CINTA..

Aku tertarik untuk menyentuh isu ini kerana ia adalah isu sejagat, tapi yang aku kesalkan ialah mengapa tidak mampu mengawal diri dan perasaan apabila mengalaminya...ada yang kelakar dan ada yg tak sepatutnya dilakukan.. cuba kita fikirkan yang mana pasangan berkasih.. sanggup menghabiskan berjam-jam lamanya bergayut pada malam hari. padahal baru siang tadi berjumpa..kalau tak jumpa setahun tu lain la cerita.adakah terlalu banyak isu orang yang bercinta ni??

Itu belum tentu lagi jadi kawin, lepas kawin entahkan tak tahu nak cakap apa, agaknya sebab tu la ada kes2 perceraian yang mana pernah bercinta dahulu sebelum kawin..Satu lagi bab berkongsi minuman dengan kekasih dia, padahal kalau dengan kawan2 bukan main kedekut... aku pernah tengok kes di mana cakap bukan main, akulah rocker, heavy metal, keras hati, mana layan jiwang padahal kalau dengar lagu yang syahdu, berubah air muka dia, sampaikan ada yg nangis, lagi plak baru lepas putus saja, hehe... macam2 la..

Tapi ada jugak perkara yang menyedihkan... ye la ada yg sanggup menipu yg dia anak org berada, padahal nak keluar pun berhutang dgn org, apa kes beb?? menipu belajar kt Jordan pun ada gak...ni kes bercinta dalam laman sosial la...x nak jatuh standard punya pasal...yela dah awek 2 blajar kt tempat yang tiptop...mamat ni pula juz kolej ja....so demi menjaga standard dia meghanjau la awek 2 kononnya belajar kt oversea...isy3 apa la nak jadi orang macam ni la....anneh betul....Satu lagi yang jenis bangang, sanggup menjual maruah hanya kerna utk membuktikan kesetiaan, sampaikan ada anak yg tak ber'bin'kan ayahnya, tolong la kawan2 jgn la sampai ke tahap tu...kalau kita sayang sesuatu jangan mudah2 diberikan kepada org lain... fikir la sikit.. mungkin sebab tu ada istilah 'cinta itu buta', memang benar la tu...

Dah tak larat nak tulis panjang2. cuma aku harap kalau kita nak bercinta, seharusnya kita selarikan atau mulakan dengan cintakan Allah, diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara.. cintakan bunga pasti ia akan layu, cintakan dunia ia tidak abadi, cintakan manusia pasti ia mati, hanya satu cinta yang kekal abadi, apakah dia?? fikirkanlah



p/s:::::.juz iklan....antara aku dengan budak ni siapa lagi comel??????komen2...huahuahuahuahuahau

KiSaHnYa CiNtA

Alkisah di sebuah pulau kecil.Di sini tinggallah berbagai benda abstrak..ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya..Mereka hidup dgn baik dan saling melengkapi..namun pd suatu hari badai menghempas pulau itu dan akan menggelamkannya. Semua penghuni berusaha menyelamatkan diri.

CINTA kerisauan kerana tidak tahu berenang. CINTA berdiri ditepi pantai utk mendpt pertolongan. CINTA ternampak KEKAYAAN sedg mengayuh perahu..CINTA melaung KEKAYAAN utk menumpang. “Maaf, perahuku telah penuh dgn harta bendaku”..kata KEKAYAAN…
CINTA merasa sedih…kemudian..
CINTA terlihat KEGEMBIRAAN yg sedang berperahu laju. CINTA melaung kpd KEGEMBIRAAN ..namun KEGEMBIRAAN tidak mendengar kerana terlalu gembira dgn perahunya..CINTA kesedihan lagi..
Dalam mencari pertolongan, berlalu KESEDIHAN dgn perahunya.CINTA meminta utk membawanya bersama, “Maaf CINTA, aku sedang bersedih dan ingin bersendirian”..kata KESEDIHAN dan terus berlalu..

CINTA sedih dan putus asa..air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Lalu CINTA berdoa kpd Tuhan, agar dirinya dipermudahkan masalahnya… Tiba2 CINTA terdengar namanya dipanggil.”Mari cepat naik ke perahuku”..kata seorang tua yg berjanggut pjg sedg mengayuh perahunya yg laju. CINTA pun terus naik dan diselamatkan ke sebuah pulau lain. Org tuapun menurunkan CINTA ..
Terlupa disaat itu utk bertanya siapa kah org tua berjanggut yg baik hati kerana sudi menyelamatkannya..Lalu CINTA bertanya kpd seorg penduduk tua di pulau itu..Mereka menjawab itulah WAKTU..
CINTA hairan kenapa WAKTU sanggup menyelamatkannya sedangkan teman2nya yg lain enggan menolongnya..
“SEBAB”..”hanya WAKTU lah yg tahu betapa bernilainya harga sebuah CINTA itu…

CINTA sesuatu yg unik utk ditafsir,,Hanya diri sendiri yg tahu..CINTA bukan hanya sekadar melafazkan “Aku Cinta Pd Mu”..CINTA tak semestinya bersatu..Menyintai tak bererti memiliki..CINTA perlukan pengorbanan..CINTA perlukan persefahaman..CINTA perlukan kekuatan..kerana CINTA itu penuh dugaan....” "

Thursday, April 7, 2011

bLaJaQ mAi cAkAp uTaGhA

ghe-ngau – cakar
se-qheyat - reda/ surut
hambat – kejar
pe-qhembang - bidik (aim)
contiang – lukis
ligan – kejar
cemuih - bosan/jemu
tokak – gigit
gey-ghek – basikal
gon - cerun (bukit kecil)
belemoih - comot/ kotor
tetomoih – tersungkor
ku-tey – cubit
tak dan - tak sempat
hebiaq – celupar
maneh melecaih - tersangat manis
Lincun/lencun – basah
lokoih – kuyup
kawaq – pencuri
kanyaq - mentah (berhingus)
ketegaq - degil
he-ghot petot - senget benget
me-ghela - gatal
log laq - cemekap/ cuai
hawin - pusing / lontar
punggai - baling/ lempar
tengalong - tuju/ baling
me-ghe-kah - Kupas/ koyak
ayaq achaq - air longkang
ha-ghin - hancing
ajaqk - ajar sesuatu
kelik - pulang
habi-aqk - menerangkan
mapan -  besar sgt2
seghebeh/seghabai - kusut
mandom - lembab/slow
Toyu - kicap 
ghebau - kerbau 
segheyau - bimbang
ghadang - marah
cenge  - garang
tomoih - jatuh tersngkur  
ghalit  - termenung / leka
mohong  -  bohong
ghanjau - bohong
renjonk - tinggi lampai
berseghau - over/lebar lebur
cempegha - jakun
ghabung - ramah
kia' - takut/cuak
jogha - sombong


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...