Friday, July 26, 2013

mAdAh iMaM sYaFiE

Ilmu itu bagaikan binatang buruan, sementara tulisan adalah jalannya.
Ikatlah binatang buruan kalian dgn jala yg kuat.
Kerana sungguh sgt bodoh, bila engkau menangkap binatang buruan, lalu engkau biarkan lepas dgn bebas.

Tidaklah beruntung dlm ilmu, kecuali siapa yg mencarinya dlm keadaan kekurangan atau kefakiran.

Ilmuku akan selalu bersamaku, di mana pun berada ia akan bermanfaat bagiku,
Dadaku adalah tempat penyimpanannya bukan dlm peti
Jika aku sedang berada di dalam rumah, maka ilmuku bersamaku di sana
Dan jika aku sedang di pasar, maka ilmuku berada di pasar.

Aku mengeluh kpd Syeikh Waqi' tentang lemahnya hafalanku, beliau menasihatiku agar meninggalkan maksiat, beliau menjelaskan ilmu itu adalah cahaya, dan Cahaya Allah tdk mungkin diberikan kpd orang-orang yg bermaksiat.

Tidak ada tempat bg orang-orang cerdas dan beradab utk beristirehat. Maka tinggalkan kampung halaman dan merantaulah. Merantaulah ! Engkau pasti akan mendapatkan ganti atas apa yg engkau tinggalkan. Dan gantilah pekerjaan dgn yg baru. Kerana kelazatan hidup ada dlm pekerjaan baru. Aku melihat air yg menggenang itu akan merosak. Jika air itu mengalir maka akan baik, sementara jika dia menggenang akan rosak.

Daun Thut, dimakan oleh domba lalu mengeluarkan susu, sementara jika dimakan oleh kijang mngeluarkan minyak wangi, dan jika dimakan oleh belatung, ia mengeluarkan sutera

Burung bertasbih kepada-Nya, smentara binatang liar mengagungkan-Nya,
Ombak membesarkan-Nya, dan Yu bermunajat kepadaNya,
Semut di bawah karang yg bisu mensucikan-Nya, smentara lebah mengucapkan tahmid di sarangnya,
Smentara manusia bermaksiat kepadaNya, tp Dia menutupi (aib) mereka
Dan hamba lupa, namun Allah tak pernah melupakannya

Sunday, April 7, 2013

cInTa aNtArA bEnUa - pArT 2

setiap hari antara aku dan dia semuanya indah. selalu berkongsi tawa, berkongsi duka, bertukar cerita, bertukar pendapat, kutuk-mengutuk, bergurau senda. walaupun jasad berjauhan nuuuun di sana, tapi apa yg kami rasa sebaliknya. bak kata orang 'jauh di mata dekat di hati'. Keadaan berterusan hinggalah aku masuk ke alam pekerjaan. Pada mulanya keadaan panas berpanjangan. Saling rindu merindu sehingga aku bertemu dengan seorang gadis yang mana apabila aku melihat dari tepi wajahnya seakan-akan Fatrisya.

              Wajah itu sungguh tenang aku melihatnya kerana wajah itu mengingatkan aku terhadap Fatrisya. Disebabkan itu aku ingin mendekati gadis tersebut. Dan mungkin juga aku rapat dengannya kerana ingin 'test market' seperti yg Fatrisya selalu perli aku. Nama gadis tersebut Shery. Aku memanggilnya kak Shery kerana umurnya yang lebih kurang sebaya dgn kak aku. Jarak 5 tahun juga la. Semakin hari aku semakin rapat dengannya. Sehinggakan aku pernah rehat sekali bersama dengan dia dan mengambil gambar bersama. Jadi untuk menunjuk kepada kawan-kawan yg berada di Selatan, aku memintanya upload gmbar kami ke dalam facebook. Tapi tanpa diduga gambar tersebut turut dilihat oleh Fatrisya. Akibatnya hanya sepatah sahaja dia cakap. " awak tak salah. Yg salahnya saya kerna terlalu percayakan awak " .

             Dan sejak itu tiada kata-kata lagi dari dia sampai sekarang. Gara-gara perangai aku yg tidak memikirkan perasaan dia, aku telah kehilangan seorang yg aku amat sayangi, seorang yg banyak mempengaruhi hidup aku. Aku telah kehilangan segalanya. Dulu ketika aku di bangku sekolah, aku pernah kehilangan semua kawan baik aku, juga sebab kekhilafan aku. Kini, peristiwa yg sangat pahit berulang kembali dalam hidup ku. Kehilangan kawan lebih perit berbanding hilang kekasih. Fatrisya, saya tahu awak pasti akan tetap berpegang dengan tindakan awak. Tapi saya nak awak tahu yg saya hanya menyayangi dan mencintai awak seorang sahaja dan saya akan tetap menunggu awak sehingga awak sah menjadi milik orang. Saya tidak kisah apa yg awak nk cakap tentang saya. Saya sudah letak ego saya di tingkat bawah. Yg penting saya cuma nak awak kembali sebagai kawan baik saya sahaja.

             Fatrisya, kalau awak tengok saya suka melayan perempuan lain, di hati saya langsung tidak terkesan kerana seluruh ruang hati saya telah dipenuhi dengan nama awak  Fatrisya. Hanya awak seorang. Maafkan saya kerana selama ini sering menyakitkan hati awak. cinta awak memang tidak layak untuk saya. Andai dapat saya undurkan putaran dunia, saya pasti tidak akan meluahkan perasaan terhadap awak dan tidak akan buat awak jatuh cinta terhadap saya supaya saya tidak akan kehilangan kawan yg terbaik dalam hdup saya. Saya cuma nakkan awak bercakap dengan saya. Berkongsi suka duka bersama saya. Itu sahaja yg saya harapkan sekarang ini kerana saya telah sedar yg saya tidak boleh terima cinta dari sesiapa sekalipun. Saya cuma boleh hancurkan perasaan orang sahaja. Jadi saya ikhlas ingin berkawan dengan awak Fatrisya.

Beginilah pengakhiran cerita di antara Firash dan Fatrisya. Maka tamatlah kisah Cinta Antara Benua.

Memang khilafku membuat kau mencintaiku
Memang khilafku membuat kau menyayangiku
Tapi ku tahu semua itu tak akan kembali lagi

Bukan ku pinta segunung simpati
Tidak ku harap rimbunan kasih
Cuma ku ingin persahabatan kekal selamanya

Oh Fatrisya
Senyum mu enggan pergi
Tawamu mengiringi
Wajahmu ku terbayang

Hadir mu dalam mimpi
Seumpama bidadari
Potretmu ku tatapi
Mengharap kau kembali

Memang ku rindu saat bersama mu
Memang tak mampu melupakanmu
Tapi ku tahu semua itu tak akan kembali lagi

Selamat tinggal pada kenangan
Selamat tinggal pada igauan
Terima kasih aku ucapkan untuk percintaan ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...