Wednesday, August 29, 2012

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam


1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5:
Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud:
"Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya),
"Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:
"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros:
"Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah,"
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "
Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".



iStImEwAnYa WaNiTa


Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah  betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.

ISTIMEWANYA WANITA

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda :Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca ;Alhamdulillahi'alaa Kulli;Halin Wa Astaghfirullah .Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa. ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Rasulullah s.a.w. ) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata 'Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab baginda,Suaminya ;Siapa pula berhak terhadap lelaki ?; Jawab Rasulullah, Ibunya.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan; meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah,  maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya  dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan
seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat ( kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluarmengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, Adakah kamu menyembahyangkan mayat ? Jawab mereka,Tidak, Sabda Baginda ;Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.

46. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.

47. Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.

48. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.

49. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang  memerhatikannya.

50. Sabda Nabi s.a.w. : Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta
diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya  menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah  baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


PERINGATAN DAN AMARAN UNTUK WANITA

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya ( Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, Bukankah
orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ? Rasulullah s.a.w. menjawab, Bukankah kamu dapat melihatnya.

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki kerumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa ( kerana sesuatu urusan yang mustahak ) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita. Rasulullah s.a.w.
ditanyai, Mengapa demikian Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah s.a.w. Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyakpun dia masih
belum rasa berpuas hati dan cukup.

17. Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita. Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina
atau membunuh anak atau kafir ? Jawab Nabi s.a.w. Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya  tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga. HazratAishah bertanya,Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.? Jawab Rasulullah s.a.w.

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. ( Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan ( engkar ) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. ( Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang 'alim tapi jahil ialah ulama' yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

 Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu ( taat perintahnya ) dan ia akan menjadi langit bagi mu ( tempat bernaung ). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan
berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.

b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.

c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.

d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangaimu.

e. Ingat kepada Allah s.w.t.

f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.

g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.

h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.

b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.

c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.

d. Enggan berpindah ( berhijrah ) bersama suaminya.

e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.

g. Minta talak.

h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.

j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukaioleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.

b. Merendahkan ( menundukkan ) mata ketika berpandangan.

c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.

d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.

e. Berdiri menyambut kedatangannya.

f. Berdiri menghantar pemergiannya.

g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.

h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.

i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.

j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.

k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.

l. Memuliakan keluarga suaminya.

m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.

n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

wallahu a'lam bissawab

CiNtA aNtArA bEnUa

Alhamdlillah akhirnya siap juga juga cerita pendek aku ni CiNtA aNtArA bEnUa.... dh sebulan lebih jugak la buat cerita ni..... hahahahaha selesai 1 hutang....




cerita ini mengisahkan tentang hubungan persahabatan antara Zurin Fatrisya dan Firas Rayyan Rizqin. Fatrisya adalah seorang yg agak pendiam, susah untuk didekati, ayu lagi tu seperti perempuan melayu terakhir(luaranjela). dia berasal dari Indonesia. berketurunan Jawa. berketerampilan yg agak simple. Firas pula seorang yg agak kacak, cukup sifat la senang cerita, suka melayan awek dalam FB smpai sekarang. walaupun begitu, jauh di sudut hatinya hanya Fatrisya seorang saja yg telah bertakhta sehinggalah takdir tidak menetapkan untuk mereka bersama. menetap di London dari kecil hingga sekarang. ayahnya asal orang Jerman. manakala ibunya pula Perancis. jadi Firas merupakan anak kacuk. hubungan antara Firas dan Fatrisya bermula di sebuah IPT di Malaysia ketika semester 2. Fatrisya mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak2, manakala Firas pula mengambil jurusan multimedia.

Firas telah mengusha Fatrisya sejak berada di semester 1 lagi. tetapi Firas hanya mampu melihat dari jauh sahaja kerana sememangnya Firas tidak berani untuk bertegur sapa dengan perempuan yg baru ingin kenali. pada suatu ketika yg agak tenang buat Firas untuk menghibur dirinya di FB dengan bermain game, dia terpandang FB Fatrisya. dengan pantas jarinya mengklik add friend pada FB Fatrisya. dan Fatrisya telah menerima permintaan rakan dari Firas. maka bermula lah chatting menchatting antara mereka. pada mulanya Fatrisya tidak suka akan si Firas ini. dia melayan dalam FB pun dalam keadaan terpaksa. takut nanti dikatakan sombong pulak.(padahalnaktestmarket) kawan2 Fatrisya yang mengenali Firas ini memberitahu bahawa si Firas ini seorang playboy di IPT tersebut. jadi Fatrisya pun tidak mahu ikut serta menjadi mangsa Firas yang seterusnya.

Firas ingin melanjutkan lagi hubungan mereka dengan berSMS pula.(bagibetisnakpehapulak) itupun setelah dia tahu yang Fatrisya masih singe mingle kerana jika Fatrisya sudah berpunya nanti takut diserang oleh teman Fatrisya.(xbezgaduhpasaipompuan) nasib baik Firas seorang yang agak genius. dia tahu jika dia meminta nombor telefon melalui chatting di FB, dia mesti gagal mendapatkannya. lalu dia mendapatkan khidmat/bantuan rakannya iaitu Qiqi yang merupakan classmate Fatrisya untuk mendapatkan nombor telefon Fatrisya. tetapi Qiqi hanya menanyakan samada Fatrisya ingin berkawan dengan Firas atau pun tidak. lalu Fatrisya mengiyakan jela kerana tidak mahu kisah ini dipanjangkan lagi. sememangnya perangai Fatrisya begitu. dia begitu malu jika menanyakan hal-hal seperti ini. Qiqi pula memberitahu kepada Firas yang semuanya On. tetapi untuk dapatkan nombor telefon, Fatrisya minta agar Firas sendiri yang memintanya. sebenarnya Qiqi ingin Firas lebih bersikap gentleman. 


kebetulan Firas dan Fatrisya sama-sama menyertai kelab pencinta alam. pada suatu hari yang suam-suam kuku, ada satu perjumpaan kelab yang mereka sertai. setelah selesai perjumpaan kelab tersebut, Fatrisya dan kawannya singgah minum di cafeteria. begitu juga dengan Firas dan rakannya. di kesempatan inilah Firas memberanikan diri duduk semeja dengan Fatrisya lalu meminta nombor telefon padanya. ini merupakan kali pertama Firas meminta nombor telefon secara berhadapan. jadi agak gugup sedikit la cara pertuturannya. Fatrisya begitu terkejut sehingga tidak boleh bercakap walau sepatah. dia hanya mampu tersenyum sambil memandang rakannya agar rakannya yg juga merupaka roommate dia, Anzalna supaya back-up dia. melihat Fatrisya yg hanya tersenyum, Firas menyangkakan Fatrisya bisu. ataupun Fatrisya tidak faham apa yg dituturkan oleh Firas. akhirnya Anzalna menyuruh Fatrisya memberi nombor telefonnya pada Firas. berjaya juga Firas memiliki nombor telefon Fatrisya.

pertama kali Firas ingin menghantar SMS pada Fatrisya, Firas tidak tahu apa yg ingin dibualkan. mereka hanya berbual kosong sahaja. Fatrisya pun berasa bosan berSMS dengan Firas. sehinggalah mereka menyertai readers theater bagi kelas masing-masing. Firas memegang watak 'Giant' manakala Fatrisya dengan watak 'Timun' dalam teater masing2. maka terjadilah kutuk-mengkutuk antara mereka. barulah Fatrisya terasa seronok sedikit berkawan dengan Firas. lagipula, Firas semakin lama semakin berubah ke arah yg positif. setelah lama mengenali hati budi Firas, Fatrisya yakin bahawa dia tidak akan menjadi mangsa Firas kerana Firas tidak pernah mengambil kesempatan ke atasnya. sememangnya Firas ikhlas berkawan dengan sesiapapun.

JATUH CINTA????setelah hampir setengah tahun mereka berhubungan, akhirnya mereka menjalinkan hubungan yg lebih serius iaitu dengan couple. jika ditanya apa yg membuat mereka ini saling jatuh cinta, mereka tidak tahu apa yg perlu dijawab. Firas sendiri tidak tahu bila dan kenapa dia boleh jatuh hati terhadap Fatrisya. dia hanya sedar setelah dia disoal oleh Anzalna di dalam FB. Anzalna juga berpesan jangan sampai menyesal. ketika itu baru Firas tertanya-tanya kenapa dia sering terfikirkan Fatrisya, perasaan dia ketika berjumpa Fatrisya juga agak sedikit aneh. setelah tahu perasaan dia sendiri terhadap Fatrisya, Firas meluahkannya kepada Fatrisya secara kiasan tetapi tidak difahami oleh Fatrisya. bermacam cara yg dilakukan oleh Firas agar Fatrisya mengetahui isi hatinya. sehinggalah Firas terpaksa berterus terang dengan menggunakan ayat yg paling skema. ibarat orang menahan kentut yg terlalu lama, apabila dilepaskannya terasa nikmat sekali. begitulah yg berlaku terhadap Firas. Firas berasa lega setelah diluahkan segalanya.

begitu juga dengan Fatrisya, dia hanya sedar yg dia menyukai Firas setelah Firas meluahkan isi hatinya. tetapi Fatrisya juga tidak tahu apa yg menyebabkan dia menyukai Firas. akhirnya berjaya juga mereka bercouple walaupun hanya tiga bulan. hubungan serius mereka tidak mendapat restu dari keluarga Firas. keluarga Firas takut Firas tidak dapat menumpukan perhatiannya pada pelajaran seperti yg terjadi sebelum ini. jadi mereka dengan hati yg redha memutuskan hubungan tersebut. walau pahit terpaksa ditelan jua. mereka akur dengan takdir ilahi, sebaik-baik perancang. jika ada jodoh untuk mereka pada masa akan datang, insyaallah. akhirnya hubungan mereka seperti sebelumnya dan perasaan sesama mereka juga turut sama.

sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula dua orang sahabat. mereka pernah hampir-hampir putus hubungan persahabatan mereka. ini terjadi gara-gara mulut Firas yg terlalu celupar dan tidak pandai membezakan yg mana sesuai atau tidak untuk dijadikan gurauan. semuanya dimain hembus ja. akibatnya Fatrisya merajuk sebulan dan tidak mahu Firas menghubunginya lagi, dengan erti kata lain "get lost from my life". dengan penuh kesabaran yg ada, setiap hari Firas memujuk, memohon maaf dan berdoa agar dibukakkan pintu hati Fatrisya untuk menerima dia dan semoga hubungan mereka pulih seperti dahulu.

alhamdulillah, akhirnya Fatrisya memberi pilihan kepada Firas samada "putus" atau Firas membuat kek coklat untuk Fatrisya. dan keputusan ini bergantung pada Firas. apalagi, kelam kelibut Firas meminta rakan-rakannya untuk membantu dia menyiapkan kek coklat. tidak mahu dia untuk kehilangan Fatrisya. pelbagai rintangan yg mendatang untuk menghasilkan kek coklat tersebut seperti bahan-bahan tidak cukup kerana beli last minit so barang kt kdai habis, oven rosak sedangkan bahan2 telah pun siap diadun, menggunakan periuk nasi sebagai ganti oven tidak menjadi kek pula, hanya hangit sahaja tetapi tidak masak. pada mulanya Firas sudah berputus asa dan pasrah kerana setelah berhempas pulas untuk membakar kek, tetapi tidak berhasil. Firas pun beritahu Fatrisya yg dia tidak berjaya untuk memberikan kek coklat pada Fatrisya.

tiba-tiba sesuatu keajaiban berlaku, kek yg pada mulanya tidak masak tiba2 ja masak. walaupun tidak masak seluruhnya tapi dapat juga untuk makan. Firas melompat kegirangan kerana dia dapat menyelamatkan hubungan antara dia dan Fatrisya. dia sudah tidak mengira sama ada kek coklat tersebut selamat dimakan atau tidak. yg penting dia dapat berbaik semula bersama Fatrisya. Fatrisya yg telah mendapat kek berasa agak takut untuk makan kek tersebut kerana rupa paras kek tersebut sudah tidak seperti bentuk kek. bau pun hangit ja. setelah itu, mereka kembali baik seperti dahulu sehingga sekarang.

kini setelah kedua-duanya telah menamatkan pengajian masing-masing, mereka telah kembali ke kampung halaman masing-masing. perpisahan ini merupakan perpisahan yg sangat besar buat mereka. mungkin mereka akan berjumpa lagi. dan kemungkinan juga mereka tidak akan berjumpa lagi buat selama-lamanya. jadi dua kemungkinan tersebut diserahkan kepada Yang Khalik semata-mata kerana Dia lah sebaik-baik perancang. setiap sesuatu yg terjadi pasti ada hikmah, dan dgn bersabar akan dapat merasa kemanisan hikmah tersebut. "Aku akan sentiasa menyayangi dan mencintaimu Fatrisya."
-TAMMAT-
menyukaidanmencintaisesuatuygbersifatsederhana


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...