Showing posts with label cUcItEr cUcItEr. Show all posts
Showing posts with label cUcItEr cUcItEr. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

CiNtA aNtArA bEnUa

Alhamdlillah akhirnya siap juga juga cerita pendek aku ni CiNtA aNtArA bEnUa.... dh sebulan lebih jugak la buat cerita ni..... hahahahaha selesai 1 hutang....




cerita ini mengisahkan tentang hubungan persahabatan antara Zurin Fatrisya dan Firas Rayyan Rizqin. Fatrisya adalah seorang yg agak pendiam, susah untuk didekati, ayu lagi tu seperti perempuan melayu terakhir(luaranjela). dia berasal dari Indonesia. berketurunan Jawa. berketerampilan yg agak simple. Firas pula seorang yg agak kacak, cukup sifat la senang cerita, suka melayan awek dalam FB smpai sekarang. walaupun begitu, jauh di sudut hatinya hanya Fatrisya seorang saja yg telah bertakhta sehinggalah takdir tidak menetapkan untuk mereka bersama. menetap di London dari kecil hingga sekarang. ayahnya asal orang Jerman. manakala ibunya pula Perancis. jadi Firas merupakan anak kacuk. hubungan antara Firas dan Fatrisya bermula di sebuah IPT di Malaysia ketika semester 2. Fatrisya mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak2, manakala Firas pula mengambil jurusan multimedia.

Firas telah mengusha Fatrisya sejak berada di semester 1 lagi. tetapi Firas hanya mampu melihat dari jauh sahaja kerana sememangnya Firas tidak berani untuk bertegur sapa dengan perempuan yg baru ingin kenali. pada suatu ketika yg agak tenang buat Firas untuk menghibur dirinya di FB dengan bermain game, dia terpandang FB Fatrisya. dengan pantas jarinya mengklik add friend pada FB Fatrisya. dan Fatrisya telah menerima permintaan rakan dari Firas. maka bermula lah chatting menchatting antara mereka. pada mulanya Fatrisya tidak suka akan si Firas ini. dia melayan dalam FB pun dalam keadaan terpaksa. takut nanti dikatakan sombong pulak.(padahalnaktestmarket) kawan2 Fatrisya yang mengenali Firas ini memberitahu bahawa si Firas ini seorang playboy di IPT tersebut. jadi Fatrisya pun tidak mahu ikut serta menjadi mangsa Firas yang seterusnya.

Firas ingin melanjutkan lagi hubungan mereka dengan berSMS pula.(bagibetisnakpehapulak) itupun setelah dia tahu yang Fatrisya masih singe mingle kerana jika Fatrisya sudah berpunya nanti takut diserang oleh teman Fatrisya.(xbezgaduhpasaipompuan) nasib baik Firas seorang yang agak genius. dia tahu jika dia meminta nombor telefon melalui chatting di FB, dia mesti gagal mendapatkannya. lalu dia mendapatkan khidmat/bantuan rakannya iaitu Qiqi yang merupakan classmate Fatrisya untuk mendapatkan nombor telefon Fatrisya. tetapi Qiqi hanya menanyakan samada Fatrisya ingin berkawan dengan Firas atau pun tidak. lalu Fatrisya mengiyakan jela kerana tidak mahu kisah ini dipanjangkan lagi. sememangnya perangai Fatrisya begitu. dia begitu malu jika menanyakan hal-hal seperti ini. Qiqi pula memberitahu kepada Firas yang semuanya On. tetapi untuk dapatkan nombor telefon, Fatrisya minta agar Firas sendiri yang memintanya. sebenarnya Qiqi ingin Firas lebih bersikap gentleman. 


kebetulan Firas dan Fatrisya sama-sama menyertai kelab pencinta alam. pada suatu hari yang suam-suam kuku, ada satu perjumpaan kelab yang mereka sertai. setelah selesai perjumpaan kelab tersebut, Fatrisya dan kawannya singgah minum di cafeteria. begitu juga dengan Firas dan rakannya. di kesempatan inilah Firas memberanikan diri duduk semeja dengan Fatrisya lalu meminta nombor telefon padanya. ini merupakan kali pertama Firas meminta nombor telefon secara berhadapan. jadi agak gugup sedikit la cara pertuturannya. Fatrisya begitu terkejut sehingga tidak boleh bercakap walau sepatah. dia hanya mampu tersenyum sambil memandang rakannya agar rakannya yg juga merupaka roommate dia, Anzalna supaya back-up dia. melihat Fatrisya yg hanya tersenyum, Firas menyangkakan Fatrisya bisu. ataupun Fatrisya tidak faham apa yg dituturkan oleh Firas. akhirnya Anzalna menyuruh Fatrisya memberi nombor telefonnya pada Firas. berjaya juga Firas memiliki nombor telefon Fatrisya.

pertama kali Firas ingin menghantar SMS pada Fatrisya, Firas tidak tahu apa yg ingin dibualkan. mereka hanya berbual kosong sahaja. Fatrisya pun berasa bosan berSMS dengan Firas. sehinggalah mereka menyertai readers theater bagi kelas masing-masing. Firas memegang watak 'Giant' manakala Fatrisya dengan watak 'Timun' dalam teater masing2. maka terjadilah kutuk-mengkutuk antara mereka. barulah Fatrisya terasa seronok sedikit berkawan dengan Firas. lagipula, Firas semakin lama semakin berubah ke arah yg positif. setelah lama mengenali hati budi Firas, Fatrisya yakin bahawa dia tidak akan menjadi mangsa Firas kerana Firas tidak pernah mengambil kesempatan ke atasnya. sememangnya Firas ikhlas berkawan dengan sesiapapun.

JATUH CINTA????setelah hampir setengah tahun mereka berhubungan, akhirnya mereka menjalinkan hubungan yg lebih serius iaitu dengan couple. jika ditanya apa yg membuat mereka ini saling jatuh cinta, mereka tidak tahu apa yg perlu dijawab. Firas sendiri tidak tahu bila dan kenapa dia boleh jatuh hati terhadap Fatrisya. dia hanya sedar setelah dia disoal oleh Anzalna di dalam FB. Anzalna juga berpesan jangan sampai menyesal. ketika itu baru Firas tertanya-tanya kenapa dia sering terfikirkan Fatrisya, perasaan dia ketika berjumpa Fatrisya juga agak sedikit aneh. setelah tahu perasaan dia sendiri terhadap Fatrisya, Firas meluahkannya kepada Fatrisya secara kiasan tetapi tidak difahami oleh Fatrisya. bermacam cara yg dilakukan oleh Firas agar Fatrisya mengetahui isi hatinya. sehinggalah Firas terpaksa berterus terang dengan menggunakan ayat yg paling skema. ibarat orang menahan kentut yg terlalu lama, apabila dilepaskannya terasa nikmat sekali. begitulah yg berlaku terhadap Firas. Firas berasa lega setelah diluahkan segalanya.

begitu juga dengan Fatrisya, dia hanya sedar yg dia menyukai Firas setelah Firas meluahkan isi hatinya. tetapi Fatrisya juga tidak tahu apa yg menyebabkan dia menyukai Firas. akhirnya berjaya juga mereka bercouple walaupun hanya tiga bulan. hubungan serius mereka tidak mendapat restu dari keluarga Firas. keluarga Firas takut Firas tidak dapat menumpukan perhatiannya pada pelajaran seperti yg terjadi sebelum ini. jadi mereka dengan hati yg redha memutuskan hubungan tersebut. walau pahit terpaksa ditelan jua. mereka akur dengan takdir ilahi, sebaik-baik perancang. jika ada jodoh untuk mereka pada masa akan datang, insyaallah. akhirnya hubungan mereka seperti sebelumnya dan perasaan sesama mereka juga turut sama.

sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula dua orang sahabat. mereka pernah hampir-hampir putus hubungan persahabatan mereka. ini terjadi gara-gara mulut Firas yg terlalu celupar dan tidak pandai membezakan yg mana sesuai atau tidak untuk dijadikan gurauan. semuanya dimain hembus ja. akibatnya Fatrisya merajuk sebulan dan tidak mahu Firas menghubunginya lagi, dengan erti kata lain "get lost from my life". dengan penuh kesabaran yg ada, setiap hari Firas memujuk, memohon maaf dan berdoa agar dibukakkan pintu hati Fatrisya untuk menerima dia dan semoga hubungan mereka pulih seperti dahulu.

alhamdulillah, akhirnya Fatrisya memberi pilihan kepada Firas samada "putus" atau Firas membuat kek coklat untuk Fatrisya. dan keputusan ini bergantung pada Firas. apalagi, kelam kelibut Firas meminta rakan-rakannya untuk membantu dia menyiapkan kek coklat. tidak mahu dia untuk kehilangan Fatrisya. pelbagai rintangan yg mendatang untuk menghasilkan kek coklat tersebut seperti bahan-bahan tidak cukup kerana beli last minit so barang kt kdai habis, oven rosak sedangkan bahan2 telah pun siap diadun, menggunakan periuk nasi sebagai ganti oven tidak menjadi kek pula, hanya hangit sahaja tetapi tidak masak. pada mulanya Firas sudah berputus asa dan pasrah kerana setelah berhempas pulas untuk membakar kek, tetapi tidak berhasil. Firas pun beritahu Fatrisya yg dia tidak berjaya untuk memberikan kek coklat pada Fatrisya.

tiba-tiba sesuatu keajaiban berlaku, kek yg pada mulanya tidak masak tiba2 ja masak. walaupun tidak masak seluruhnya tapi dapat juga untuk makan. Firas melompat kegirangan kerana dia dapat menyelamatkan hubungan antara dia dan Fatrisya. dia sudah tidak mengira sama ada kek coklat tersebut selamat dimakan atau tidak. yg penting dia dapat berbaik semula bersama Fatrisya. Fatrisya yg telah mendapat kek berasa agak takut untuk makan kek tersebut kerana rupa paras kek tersebut sudah tidak seperti bentuk kek. bau pun hangit ja. setelah itu, mereka kembali baik seperti dahulu sehingga sekarang.

kini setelah kedua-duanya telah menamatkan pengajian masing-masing, mereka telah kembali ke kampung halaman masing-masing. perpisahan ini merupakan perpisahan yg sangat besar buat mereka. mungkin mereka akan berjumpa lagi. dan kemungkinan juga mereka tidak akan berjumpa lagi buat selama-lamanya. jadi dua kemungkinan tersebut diserahkan kepada Yang Khalik semata-mata kerana Dia lah sebaik-baik perancang. setiap sesuatu yg terjadi pasti ada hikmah, dan dgn bersabar akan dapat merasa kemanisan hikmah tersebut. "Aku akan sentiasa menyayangi dan mencintaimu Fatrisya."
-TAMMAT-
menyukaidanmencintaisesuatuygbersifatsederhana


Thursday, May 5, 2011

ManA sAtu

"Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"

Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..

"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?"

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..

"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya 'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...

"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti snda seorang sarjana ya?" tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah" 

Wednesday, May 4, 2011

TemuDuga


Johan dilahirkan tanpa telinga, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. 

Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Tetapi diakhir temuduga Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga," jawab  lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

 Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Tetapi diakhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Eeemmm....tuan tak ada telinga," sebaik mendengar jawapan dari
perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar

.Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak  tak sesuatu yang ganjil pada saya?" "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu, walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan
kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun
mereka duduk agak jauh. "Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.
Pemuda itu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan
tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga".

Thursday, March 17, 2011

pEnGaJaRaN dAri 1 pEnAmpAr


Pengajaran dari satu penampar  mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........ 

Pengajaran dari satu penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan kamu!
Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya
tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan
1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab  mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan
amat kuat. Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3
pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak
percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!
Pak Imam
: Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana
rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua
merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak Imam :
Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan
menampar awak?
Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam
: Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan
dari saya hari ini?

 Pemuda
: Tidak....!!!?
Pak Imam :
Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam
: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar
awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam
: Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda
: Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam :
Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam :
Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsur asalnya...!!
Pemuda : Allahuakbar!

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

'Alangkah terasa hidup sia-sia..Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi..Jika amalan bukan untuk alam abadi.'

tUkAnG cUkUr

Tukang Cukur

 Seorang laki-laki bernama Bador datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Ia pun memulai sedikit perbualan yang hangat dengan tukang cukur yang melayani nya. Berbagai macam topik pun akhirnya jadi pilihan, hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.

 "Hai Tuan, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang anda katakan tadi," ujar si tukang cukur. Mendengar ungkapan itu, Bador terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?"..

 "Mudah saja, cuba anda menjengok ke luar jendela itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? mengapa banyak anak yang terlantar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan.Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkapnya dengan nada yang tinggi. Bador pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan sang tukang cukur.

Namun, ia sama sekali tidak memberi respon agar argumen tersebut tidak Lebih meluas lagi. Ketika sang tukang cukur selesai melakukan pekerjaannya, Bador pun berjalan keluar dari salon. Baru beberapa langkah, ia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke tukang cukur dan itu membuatkan nya terlihat tidak kemas. Bador kembali masuk ke dalam salon dan kemudian berkata pada sang tukang cukur, "Tukang cukur itu tidak ada!"... Sang tukang cukur pun terkejut dengan perkataan Bador tersebut. "Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang cukur," sanggahnya sang tukang cukur.

Bador kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat seperti contohnya lelaki di luar itu." ."Ah, anda merepek saja...Tukang cukur itu selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahwadia tidak mau datang ke salon saya untuk dicukur,"jawabnya tenang sambil tersenyum."Tepat!" tegas Bador. "Itulah contoh nya. Tuhan itu ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini...."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...