Showing posts with label iLmUwAn. Show all posts
Showing posts with label iLmUwAn. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam


1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5:
Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud:
"Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya),
"Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:
"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros:
"Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah,"
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "
Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".



iStImEwAnYa WaNiTa


Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah  betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita.

Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.

ISTIMEWANYA WANITA

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda :Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca ;Alhamdulillahi'alaa Kulli;Halin Wa Astaghfirullah .Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa. ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Rasulullah s.a.w. ) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata 'Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab baginda,Suaminya ;Siapa pula berhak terhadap lelaki ?; Jawab Rasulullah, Ibunya.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.


24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan; meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah,  maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya  dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan
seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat ( kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluarmengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, Adakah kamu menyembahyangkan mayat ? Jawab mereka,Tidak, Sabda Baginda ;Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.

46. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.

47. Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.

48. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.

49. Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang  memerhatikannya.

50. Sabda Nabi s.a.w. : Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta
diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya  menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah  baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


PERINGATAN DAN AMARAN UNTUK WANITA

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya ( Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, Bukankah
orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ? Rasulullah s.a.w. menjawab, Bukankah kamu dapat melihatnya.

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki kerumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa ( kerana sesuatu urusan yang mustahak ) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita. Rasulullah s.a.w.
ditanyai, Mengapa demikian Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah s.a.w. Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyakpun dia masih
belum rasa berpuas hati dan cukup.

17. Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita. Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina
atau membunuh anak atau kafir ? Jawab Nabi s.a.w. Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya  tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga. HazratAishah bertanya,Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.? Jawab Rasulullah s.a.w.

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. ( Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan ( engkar ) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. ( Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang 'alim tapi jahil ialah ulama' yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

 Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu ( taat perintahnya ) dan ia akan menjadi langit bagi mu ( tempat bernaung ). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan
berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.

b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.

c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.

d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangaimu.

e. Ingat kepada Allah s.w.t.

f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.

g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.

h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.

b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.

c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.

d. Enggan berpindah ( berhijrah ) bersama suaminya.

e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.

g. Minta talak.

h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.

j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukaioleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.

b. Merendahkan ( menundukkan ) mata ketika berpandangan.

c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.

d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.

e. Berdiri menyambut kedatangannya.

f. Berdiri menghantar pemergiannya.

g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.

h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.

i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.

j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.

k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.

l. Memuliakan keluarga suaminya.

m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.

n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

wallahu a'lam bissawab

Thursday, July 19, 2012

HiKmAh rAmAdHaN

bulan Ramadan adalah bulan mulia yg dikenali sbgai bulan ibadah yg dipenuhi dgn kebaikan, hikmah dan barakah. hal ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW:

"telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan".
(HR Ahmad)

          telah dimaklumi oleh sekalian muslim dan muslimah bahawa Allah telah memerintahkan kpd setiap orang2 yg beriman agar berpuasa di bulan Ramadan. puasa di bulan Ramadan merupakan perisai dr melakukan maksiat dan kejahatan, penyelamat dr siksaan api neraka dan pembuka jalan utk ke syurga. Rasulullah SAW bersabda:

"sesiapa yg beriman kpd Allah dan RasulNya, mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadan, maka adalah satu kebenaran atas Allah memasukkannya ke syurga".
(HR Bukhari)

            orang yg berpuasa dilarang dr berkata-kata yg kotor sperti mengumpat, menyakiti orang lain dgn perbuatan dan mulutnya serta tidak boleh memaki hamun sembarangan. bagi orang yg berpuasa kemudian diiringi puasanya dgn memperbanyak amalan2 sunnah, maka selain diampunkan dosa2nya yg lalu dan mendapat pahala yg besar, maka ia juga dimasukkan ke dlm golongan orang2 siddiqin, syuhada dan solehin.

             perlu diketahui oleh setiap mukmin bahawa Allah memberkati bulan Ramadan kerana terdapt banyaknya kebaikan dan keutamaan di dalam bulan tersebut.


*menyambut awal ramadhan....

   - membaca surah fatah 3x slpas terawih ketika mlm pertama ramadan....insyaallah akan diperbukakkan segala pintu2 rezeki,rahmat kpd kita....insyaallah....

dakwah adalah sebahagian dr jihad fisabilillah.
ia memerlukan dana yg besar. justeru itu....

Salurkan Sumbangan Fisabilillah
Saudara Saudari ke Akaun

BANK ISLAM
atas nama
Ma'had Adda'wah Al-Islamiah
07-016-02-034277-3





Monday, June 25, 2012

hATi yG iNdAh


Sungguh besar rahmat Allah. Begitulah hakikatnya setiap diri muslim perlukan saudaranya untuk saling ingat-mengingati. Wahai setiap hati yang sentiasa diperhati, sentiasalah melaraskan kedudukan hati kalian di landasan iman dan taqwa. Firman Allah, “Iaitu orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”. (Ar-Ra’d:28)
            Hati…, sesuatu yang unik kewujudannya. Mempunyai bentuk yang nyata….., juga memiliki rasa. Sebagai salah satu organ, juga sebagai salah satu sifat yang memenuhi perasaan. Bila dilihat sebagai organ, hati yang sihat akan mempengaruhi jasad seluruhnya. Bila hati mengalami kecederaan atau diserang penyakit, kesihatan seluruh tubuh turut terganggu.
            bila disebut tentang hati yang bersaudara kembar dengan jiwa, ianya akan berkait rapat dengan perasaan. hati yang baik dan sejahtera akan memberi perasaan tenteram dan membentuk watak mulia dan sopan. kedua-dua bentuk hati ini tetap punya kesan besar dalam kehidupan insan. sihat hati, sihat jasad dan mulia peribadi.
            dalam memenuhi tanggungjawab berubudiyah serta melaksanakan peranan sebagai khlifah Allah, kita perlu memiliki hati tulus dan ikhlas. tulus tanpa kepentingan peribadi. ikhlas semata-mata mengharap redha Allah. inilah gambaran hati yang sungguh indah. kebaikannya akan membawa manfaat kepada hidup insan lain.
            hati yang indah ini juga bermaksud hati yang ikhlas. tanda-tandanya dapat dilihat;
  1. takutkan kemasyuran. Ibrahim bin Adham berkata: “orang yang cintakan kemasyuran tidak berlaku benar terhadap Allah”. Fudhail bin ‘Ilyad berkata: “jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. apa salahnya jika kamu tidak dikenali? apa salahnya jika kamu tidak dipuji? apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji disisi Allah??”. Bisyr Al-Hafiy berkata: “tidak akan merasakan manis kehidupan akhirat orang yang terkenal di tengah-tengah kalangan manusia”.
  2. sentiasa khuatir amalan diri tidak Allah terima jika ada riak menyusup tanpa disedari.
  3. beramal diam-diam secara sembunyi dari publisiti.
  4. tidak asyik dan mengharapkan pujian.
  5. tidak kedekut memuji orang lain yg berhak dipuji.
  6. melaksanakan tanggungjawab khalifah Allah tanpa mengharap pengiktirafan ketokohan juga sebarang jawatan kepimpinan.
  7. mencari keredhaan Allah, bukan redha manusia.
  8. redha dan marah kerana Allah semata-mata.
  9. sabar di sepanjang jalan hidup.
  10. merasa senang sekiranya ada orang lain yang turut bergabung keupayaan dalam melaksanakan amanah Allah.
  11. menghindari ujub dan bangga diri.
  12. terus-menerus menjalani proses pembersihan diri dan nafsu.


wahai hati-hati yang sentiasa hajatkan ketulusan hakiki, isi masa dengan memperkemas dan memantapkan keikhlasan;
  •       ilmu yang mendalam berkaitan pembinaan ikhlas dan praktiknya.
  •       bersahabat dengan orang-orang yang ikhlas.
  •       membaca sejarah orang-orang yang mukhlis.
  •    mujahadah melawan nafsu.
  •      sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah dalam apa jua keadaan.

            merenungi hakikat ikhlas ini, membuat diri kita merasai betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah kepada setiap hamba Nya. kadangkala di sepanjang jalan hidup kita terasa seperti tercampak dan terbuang. namun sedarilah alam yang luas Allah bentangkan sebagai rahmat. asal saja kita mengambil Islam sepenuhnya sebagai sebaik-baik cara hidup. pasti Allah akan permudahkan segala urusan kita dalam apa jua keadaan.
            justeru itu, seluruh hati kita mesti diserahkan untuk dididik dan dibersihkan di dalam wadah amar makruf nahi mungkar. akan terasalah nanti betapa Maha Suci kasih Allah Rabbul ‘Izzati. semoga kita semua kekal ke akhir hayat di dalam hidayahNya.

kata-kata yang lembut dapat melembutkan
hati yang lebih keras dari batu.
tetapi kata-kata yang kasar dapat
mengasarkan hati yang
lunak seperti sutera.

Sunday, May 6, 2012

mAtA hATi


Ramai yang tahu bahawa kita adalah hamba Allah. Namun berapa ramai antara kita yang sedar bahawa kita hamba Allah. Ya, ramai manusia hanya tahu tetapi tidak sedar bahawa dirinya hamba Allah.

            Justeru, ramai yang berlagak seolah-olah ‘tuan’ (malah tuhan) dalam kehidupan seharian. Sikap angkuh, tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan. Tahu dan sedar adalah dua perkara yang sangat berbeza.

            Tahu terletaknya di akal – dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di hati – dengan memiliki penghayatan dan hikmah. Ini menjelaskan mengapa ada orang yang cemerlang dan mudah naik pangkat dalam kerjayanya serta serta hidup dalam keluarga dan suasana Islam tetapi tidak solat. Dia mungkin tahu kebaikan solat tetapi tidak sedar akan kebaikan itu. Tahu, hanya ‘di permukaan’, yakni baru bersifat pengetahuan dan teori. Manakala sedar adalah mendalam, melibatkan kemahuan dan amali.
Kata hikmah dari Saidina Ali

            Untuk mengetahui apakah hakikat kesedaran, marilah kita dengar apa yang pernah dikatakan oleh Saidina Ali yang bermaksud: “Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).” Kata-kata itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap sejelas-jelasnya. Ketika itu barulah si mati dapat “melihat” hidup dengan jelas dan tepat.

            Setelah diri berada di alam barzakh, barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu. Aneh, hanya apabila meninggal dunia, baru manusia menyedari hakikat hidup di dunia. Seperti kata pepatah, “setelah terhantuk (mati), barulah dia terngadah (sedar).” Rupa-rupanya apa yang diburu semasa hidup di dunia hanyalah dosa. Manakala apa yang dihindarinya pula adalah pahala.

            Betapa tersasar matlamat hidup selama di dunia akibat buta mata hati. Dalam alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi ‘bumi dan langit’, barulah kita terjaga dari ‘mimpi’ selama ini. Sayangnya, pada ketika itu, segala-galanya sudah terlambat. Apa gunanya sedar di alam kubur kerana saat itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk mengubah takdir. Jelaslah, sekiranya hidup di dunia dilalui dengan penuh kesedaran, maka kebaikan dan manfaat kita akan perolehi.

            Di manakah letaknya kesedaran? Apabila Saidina Ali menggunakan istila ‘tidur’ dan ‘terjaga’, merujuk kepada mata? Tetapi anehnya, Saidina Ali mempunyai definisi yang berbeza. Bila hidup, yakni ketika mata terbuka itu yang dikatakan bermimpi manakala apabila mati (mata tertutup) dikatakan terjaga.

Apa yang dimaksudkan oleh Saidina Ali dengan ‘terjaga’ tidaklah merujuk kepada mata di kepala, sebaliknya merujuk kepada mata di hati (di dalam dada). Ramai manusia yang hidup dengan mata hati yang tertutup. Bila mati baru mata hati itu terbuka. Mata hati inilah yang disebut dalam Al-Quran sebagai yang ‘berada di dalam dada’.

            Seseorang akan memiliki satu kesedaran hanya apabila mata hatinya terbuka. Dia melihat sesuatu bukan hanya dengan pandangan mata kepala malah disertai dengan pandangan mata hati. Pandangan mata hati adalah pandangan yang paling tepat dan benar kerana ia mampu melihat yang tersirat di sebalik tersurat, dapat menerobos yang batin daripada yang lahir dan mapu membezakan antara yang hakiki dengan ilusi.

            Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.



Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik
daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih
mulia dari memberi dengan banyak
tapi diiringi dengan riak. 


Friday, December 30, 2011

aUrAt dAn tUdUnG

Rasulullah bersabda: “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Lelaki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian.” (HR. Muslim)

Wanita-wanita yang digambarkan Rasul dalam hadis di atas sekarang banyak sekali kita lihat. Bahkan itu sudah menjadi sesuatu yang mentradisi dan dianggap lumrah. Mereka adalah wanita-wanita yang memakai pakaian tapi telanjang. Sebab pakaian yang mereka kenakan tak dapat menutupi apa yang Allah perintahkan untuk ditutupi.

Budaya barat adalah penyebab fenomena ini. Sebab pakaian yang “tak layak” tersebut bukanlah merupakan budaya masyarakat Islam dan tidak pula dikenal dalam tradisi masyarakat kita. Namun itu adalah hal baru yang lantas diterima tanpa bantahan. Tidak pula itu diuji dengan pertanyaan, bolehkah ini menurut agama, atau baikkah ini bagi kita dan pertanyaan lain. Boleh jadi kerana perasaan rendah diri yang silau terhadap kemajuan barat dalam beberapa hal akhirnya banyak di antara kita yang menerima budaya barat dengan mata tertutup (atau sengaja menutup mata).

Namun di sana kita juga melihat fajar yang mulai terbit. Kesedaran untuk kembali kepada budaya kita sendiri (baca: budaya berpakaian islam) mulai tumbuh. Betapa sekarang kita banyak melihat indahnya kibaran tudung di mana-mana. Di kampus, di sekolah, di pasar dan bahkan di mana-mana. Malah di beberapa negara barat (Inggris dan Jerman misalnya) muslimah-muslimah pemakai tudung tak lagi sukar ditemukan.


Jelasnya saat ini sudah tak ada lagi larangan untuk mengenakan busana dan pakaian yang menutup aurat. Permasalahannya, apakah jaminan kebebasan ini kemudian segera disambut oleh para muslimah kita dengan segera kembali mengenakan pakaian takwa itu atau tidak. Yang pasti alasan dilarang oleh si ini dan si itu kini tak berlaku lagi. 

AURAT WANITA DAN HUKUM MENUTUPNYA
Aurat wanita yang tak boleh terlihat di hadapan lelaki lain (selain suami dan mahramnya) adalah seluruh anggota badannya kecuali wajah dan telapak tangan. Yang menjadi dasar hal ini adalah:



1. Al-Qur’an surat Annur: 
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkkan khumur (tudung)nya ke dadanya…’”



Keterangan :
Ayat ini menegaskan empat hal:



a. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.



b. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.



bEgInIkAh yG dIkAtAkAn
mEmEnUhI cIrI2 mEnUtUp
aUrAt yG dItUnTuT sYaRiAt??
c. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa nampak. Para ulama mengatakan bahwa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab jika perhiasannya saja dilarang untuk dinampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata “…kecuali yang biasa nampak…” dalam ayat tersebut. Menurut Ibnu Umar RA. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut ‘Atho,’ Imam Auzai dan Ibnu Abbas RA. Hanya saja beliau (Ibnu Abbas) menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Mas’ud RA. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan tudung. Said bin Jubair RA. mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahwa yang boleh nampak dari tubuh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian luarnya saja.


d. Perintah untuk menutupkan khumur ke dada. Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala. Atau dalam bahasa kita disebut tudung. Ini menunjukkan bahwa kepala dan dada adalah juga termasuk aurat yang harus ditutup. Bererti tidak cukup hanya dengan menutupkan tudung pada kepala saja dan hujungnya diikatkan ke belakang. Tapi hujung tudung tersebut harus dibiarkan terjuntai menutupi dada.

2. Hadis riwayat Aisyah RA, bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata: “Hai Asma, seseungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini,” sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR. Abu Daud dan Baihaqi).

Keterangan :
Hadis ini menunjukkan dua hal:



a. Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.

b. Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.

Dari kedua dalil di atas jelaslah batasan aurat bagi wanita, iaitu seluruh tubuh kecuali wajah dan dua telapak tangan. Dari dalil tersebut pula kita memahami bahwa menutup aurat adalah wajib. Bererti jika dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak dilakukan maka akan menuai dosa. Kewajiban menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat solat saja namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada lelaki lain biasa melihatnya.

Selain kedua dalil di atas masih ada dalil-dalil lain yang menegaskan akan kewajiban menutup aurat ini:
1. Dari Al-Qur’an:



a. “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu melakukan tabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliyyah dahulu…” (Qs. Al-Ahzab: 33).


Keterangan:
Tabarruj adalah perilaku menggambar aurat atau tidak menutup bagian tubuh yang wajib untuk ditutup. Fenomena menggambar aurat ini adalah merupakan perilaku jahiliyyah. Bahkan diriwayatkan bahwa ritual haji pada zaman jahiliyyah mengharuskan seseorang tawaf mengelilingi ka’bah dalam keadaan bogel tanpa memandang apakah itu lelaki atau perempuan.
Konteks ayat di atas adalah ditujukan untuk isteri-isteri Rasulullah. Namun keumuman ayat ini mencakupi seluruh wanita muslimah. Kaedah ilmu usul fiqh mengatakan: “Yang dijadikan pedoman adalah keumuman lafaz sebuah dalil dan bukan kekhususan sebab munculnya dalil tersebut (al ibratu bi umumil lafdzi la bikhususis sabab).



b. “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin: ‘Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Al-Ahzab: 59).


Keterangan:
Tudung dalam bahasa Arab bererti pakaian yang menutupi seluruh tubuh (pakaian kurung), bukan bererti tudung dalam bahasa kita (lihat erti kata khimar di atas). Ayat ini menjelaskan pada kita bahwa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap muslimah dan merupakan tanda keimanan mereka.


kAn mANiS cAmNiE

2. Hadis Rasulullah, bahwasanya beliau bersabda: 
Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Lelaki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untk memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu bisa tercium dari jarak sekian dan sekian.” (HR. Muslim)


Keterangan:
Hadis ini menjelaskan tentang ancaman bagi wanita-wanita yang membuka dan mempamerkan auratnya. Iaitu siksaan api neraka. Ini menunjukkan bahwa pamer aurat adalah dosa besar. Sebab perbuatan-perbuatan yang dilaknat oleh Allah atau Rasul-Nya dan yang diancam dengan sangsi duniawi (qisas, rajam, potong tangan dll) atau azab neraka adalah dosa besar.



SYARAT PAKAIAN PENUTUP AURAT WANITA
Pada dasarnya seluruh bahan, model dan bentuk pakaian boleh dipakai, asalkan memenuhi syarat-syarat berikut
1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.
2. Tidak tipis 
3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh (tidak ketat)
4. Bukan pakaian lelaki atau menyerupai pakaian lelaki.
5. Tidak berwarna dan bermotif terlalu menjolok.Sebab pakaian yang menjolok akan mengundang perhatian lelaki. Dengan alasan ini pula maka maka membunyikan (menggemerincingkan) perhiasan yang dipakai tidak diperbolehkan walaupun itu tersembunyi di balik pakaian.(Wallahu a’lam bi ashshowab) (Ulil Amin).

cAmNiE sEnAnG







Tuesday, December 27, 2011

kUaSa sEbUaH HaTi

“Tuhan memberikan kita 2 mata untuk melihat, 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan untuk bekerja, 2 telinga untuk mendengar, tetapi kenapa hati kita Cuma satu sahaja?? Adakah kita perlu mencari pasangannya.”

            NASIHAT IBNU QAYYIM: Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali melaksanakan kehendak Allah s.w.t. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allahswt. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah. Di dalam hati manusia juga ada kegelisah dan tidak akan tenang dan damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

            Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali reda dengan suruhan dan larangan Nya serta qada dan qadar Nya serta sentiasa sabar hingga menemuiNya. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada Nya dan bermohon kepada Nya.

            Kekerapan berzikir kepada Nya adalah keikhlasan sebenar kepada Nya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih lagi tidak dapat membendung hajat hati si hamba itu. Apa yang hati kata lain dari bicara mulut. Mereka sering tidak bersefahaman. Mulut sering sahaja menagih janji sedangkan hati memendam rasa. Namun akibat tindakan diri akan dirasai oleh keduanya.

            KATA LUQMAN TENTANG AKAL DAN HATI: Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik. Hati memproses emosi. Akal dan logik menghasilkan tahu. Hati dan emosi mencetuskan kemahuan manusia.

            Apabila kita meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut “Syafiq, buka pintu tu”, ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu. Namun arahan itu hanya dipedulikan oleh akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.

            Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti “Syafiq, tolong bukakan pintu tu. Terima ksiah!” Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedimikian rupa, berbanding arahan pertama? Semestinya kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan kerana perkataan “buka pintu” memberitahu akal, manakala perkataan “tolong” dan “terima kasih” menggerakkan hati.

            Ketika Luqman menasihati anaknya. Beliau mulakan ungkapan nasihat dengan lafaz “ya Bunayya”, yang bermaksud sebagai “wahai anak ku sayang”. Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai papa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa mengungkapkannya, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah.

            Manusia tidak bertindak berdasarkan apa yang dia tahu akal (akal), tetapi manusia bertindak berdasarkan apa yang dia mahu (hati). Jangan hanya mengeluarkan arahan, tetapi manfaatkan fitrah manusia yang ada perasaan.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian
budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup
ada kekuasaan ilmu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...