Sungguh besar rahmat Allah.
Begitulah hakikatnya setiap diri muslim perlukan saudaranya untuk saling
ingat-mengingati. Wahai setiap hati yang sentiasa diperhati, sentiasalah
melaraskan kedudukan hati kalian di landasan iman dan taqwa. Firman Allah,
“Iaitu orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati
Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”.
(Ar-Ra’d:28)
Hati…,
sesuatu yang unik kewujudannya. Mempunyai bentuk yang nyata….., juga memiliki
rasa. Sebagai salah satu organ, juga sebagai salah satu sifat yang memenuhi
perasaan. Bila dilihat sebagai organ, hati yang sihat akan mempengaruhi jasad
seluruhnya. Bila hati mengalami kecederaan atau diserang penyakit, kesihatan
seluruh tubuh turut terganggu.
bila
disebut tentang hati yang bersaudara kembar dengan jiwa, ianya akan berkait
rapat dengan perasaan. hati yang baik dan sejahtera akan memberi perasaan
tenteram dan membentuk watak mulia dan sopan. kedua-dua bentuk hati ini tetap
punya kesan besar dalam kehidupan insan. sihat hati, sihat jasad dan mulia
peribadi.
dalam
memenuhi tanggungjawab berubudiyah serta melaksanakan peranan sebagai khlifah
Allah, kita perlu memiliki hati tulus dan ikhlas. tulus tanpa kepentingan
peribadi. ikhlas semata-mata mengharap redha Allah. inilah gambaran hati yang
sungguh indah. kebaikannya akan membawa manfaat kepada hidup insan lain.
hati yang
indah ini juga bermaksud hati yang ikhlas. tanda-tandanya dapat dilihat;
- takutkan kemasyuran. Ibrahim bin Adham berkata: “orang yang cintakan kemasyuran tidak berlaku benar terhadap Allah”. Fudhail bin ‘Ilyad berkata: “jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. apa salahnya jika kamu tidak dikenali? apa salahnya jika kamu tidak dipuji? apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji disisi Allah??”. Bisyr Al-Hafiy berkata: “tidak akan merasakan manis kehidupan akhirat orang yang terkenal di tengah-tengah kalangan manusia”.
- sentiasa khuatir amalan diri tidak Allah terima jika ada riak menyusup tanpa disedari.
- beramal diam-diam secara sembunyi dari publisiti.
- tidak asyik dan mengharapkan pujian.
- tidak kedekut memuji orang lain yg berhak dipuji.
- melaksanakan tanggungjawab khalifah Allah tanpa mengharap pengiktirafan ketokohan juga sebarang jawatan kepimpinan.
- mencari keredhaan Allah, bukan redha manusia.
- redha dan marah kerana Allah semata-mata.
- sabar di sepanjang jalan hidup.
- merasa senang sekiranya ada orang lain yang turut bergabung keupayaan dalam melaksanakan amanah Allah.
- menghindari ujub dan bangga diri.
- terus-menerus menjalani proses pembersihan diri dan nafsu.
wahai hati-hati yang sentiasa hajatkan ketulusan hakiki, isi
masa dengan memperkemas dan memantapkan keikhlasan;
- ilmu yang mendalam berkaitan pembinaan ikhlas dan praktiknya.
- bersahabat dengan orang-orang yang ikhlas.
- membaca sejarah orang-orang yang mukhlis.
- mujahadah melawan nafsu.
- sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah dalam apa jua keadaan.
merenungi
hakikat ikhlas ini, membuat diri kita merasai betapa Maha Pengasih dan Maha
Penyayang Allah kepada setiap hamba Nya. kadangkala di sepanjang jalan hidup
kita terasa seperti tercampak dan terbuang. namun sedarilah alam yang luas
Allah bentangkan sebagai rahmat. asal saja kita mengambil Islam sepenuhnya
sebagai sebaik-baik cara hidup. pasti Allah akan permudahkan segala urusan kita
dalam apa jua keadaan.
justeru
itu, seluruh hati kita mesti diserahkan untuk dididik dan dibersihkan di dalam
wadah amar makruf nahi mungkar. akan terasalah nanti betapa Maha Suci kasih
Allah Rabbul ‘Izzati. semoga kita semua kekal ke akhir hayat di dalam
hidayahNya.
kata-kata yang lembut dapat
melembutkan
hati yang lebih keras dari batu.
tetapi kata-kata yang kasar dapat
mengasarkan hati yang
lunak seperti sutera.
No comments:
Post a Comment