Monday, February 28, 2011

mALu



Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan
kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.



Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu

Tuesday, February 22, 2011

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

"Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah
tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan
yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hamper seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit
lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.
Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan
pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2
waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya,
solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai
hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Wallahualam.

Saturday, February 19, 2011

aKhLaK sEmAsA bErCiNtA

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah kemaksiatan dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjang pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1. Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2. Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3. Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum per-kahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5. Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.

Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan. Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”. Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia. Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Budha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan. Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

niLAi sEbUaH ciNTa

Sepi dalam CINTA, gema gitar yang dipetik melahirkan irama keluhan hati yang meresap ke lubuk sanubari. Kerana CINTA, semuanya terasa. Seni dalam CINTA mengalirkan perasaan yang menyelubungi ruang hati. Kerana segenap penjuru mahukan rindu berbening. Air mata dan CINTA tidak mampu dipisahkan; umpama aur dengan tebing. Sesekali CINTA berubah, sesekali air mata tercurah. Bila hati gelap gelita kerana CINTA yang terpisah, berderau rasa gelisah sepanjang hari. Dan malam berasa panjang, angin bertiup dirasakan teramat dingin. Saat itu segala kepasrahan hidup terucap di depan. Semua gelap dan tiada lagi dirasakan indah bakal di depani. Demikian rentak muzik menyusuri masuk ke dalam jiwa sebagai ganti penghibur sepi.

Adakah yang dimainkan oleh gitar M. Nasir itu bukan daripada sentuhan hati? Mungkin lahirnya lagu seperti Cinta Sepi, Demi Masa dan Dari Kekasih Ke Kekasih sewaktu dia dilamar kasmaran yang dahsyat. CINTA dari hati seorang berjiwa seni adalah terlalu mendalam. Maka terlahir seni dari hati yang teramat sepi.

Petikan gitar, geseran biola dan alunan suara merdu terlalu diperlukan di kala sepi dari CINTA yang berpusar ganas. Bila permainan perasaan terlalu jauh terlayang, maka alam bertukar wajah. Kita bukan lagi berada di alam yang nyata, tetapi khayalan akan lebih kuat menguasai sekitar benak minda. Segala kewarasan akan terhenti seketika dan realiti sebenar kehidupan terlupa sejenak. Alam CINTA yang ditanggung menjadikan CINTA kebuntuan memecah perjalanan hidup. Benarlah kata Azman Husin, “CINTA menjadikan seorang intelektual menjadi bodoh,” untuk menilai dalam keadaan realiti sebenar.

Malam, bulan dan bintang, adalah asas dalam kehidupan yang sentiasa berlegar harmonis di antara CINTA dan rindu, resah dan cemburu. Mungkinkah akan terjawab segala gelora resah yang mencengkam hati. Akhirnya falsafah CINTA akan terbias di puncak sepi. Di samping segala sajak dan puisi terlahir di kaki malam sebagai cara melepaskan sepi. Hanya kerana CINTA, hati manusia mampu dilembutkan. Perubahan tingkah laku juga dapat dirasakan kiranya alam CINTA telah bermula. Adakah selepas berakhirnya alam CINTA mampu mematangkan perangai dan pemikiran? Dan sekiranya kekecewaan yang dialami sudah terlupa, mungkinkah kita lebih berhati-hati dalam sesuatu yang berbentuk perasaan?

CINTA sebagai satu kemestian. Adakala CINTA itu bermula pantas sekali dan perlahan-lahan. Dari pintu hati ia berbenang dan lama kelamaan segulung kasih tersimpul erat di dalam hati. CINTA perlu dipupuk supaya sentiasa segar dan kehijauan seperti dedaun yang berkilauan disirami cahaya pagi. CINTA itu terlalu indah. Seindahnya umpama sejambak bunga cantik, berwarna-warni, segar, harum dan wangi kalau kena gubahannya. Dan bunga yang dipilih daripada jenis yang subur dan baru mekar dari kelopak. Kalaulah kita pandai menggubahnya, semakin berserilah CINTA itu. Dan kalaulah tersalah gubahannya, CINTA yang diimpikan kurang berseri dan tiada keharuman menyelubungi suasana sukma. Tak siapa sudi menghargai CINTA yang diberikan.

Kesepian menjadikan CINTA semakin mendalam. CINTA daripada gadis yang pendiam dan pemalu adalah sifat sejati. Sifat pendiam dan malu membuatkan CINTA dari hatinya mengalir untuk yang satu. CINTA seorang gadis desa penuh dengan kesetiaan dan kejujuran. Hubungan sosialnya dengan kawan-kawan yang selalu terbatas menyebabkan dia hanya memadai mengenali yang diCINTAinya. Ditambah kesunyian suasana desa yang damai, terasing dan jauh dari kekalutan kota yang sentiasa palsu penuh kepuraan CINTA.

Di celah kehidupan kampung diselubungi sepi, CINTA menjadi fokus utama dalam hati seorang remaja desa. CINTA lahir dalam hati kerana kesunyian dan kesepian seringkali mengundang kepada kerinduan. Dari kerinduan menghasilkan pelbagai penyeksaan kerinduan batin dan CINTA itu adalah suci sekiranya dibatasi landasan syariat. CINTA seorang gadis desa penuh berliku dan melalui ranjau yang berduri. Tiada apa yang dapat menghiburkan hati melainkan sekeping potret sebagai penawar. Di waktu malam, dinginnya udara, bisunya alam dari bunyian dibilas dari samar-samar cahaya bulan mengundang soal CINTA mula bermain di hati.

Tiada teman berbicara, CINTA dalam hati cukup berkecamuk. Pelbagai anggapan dan tafsiran datang berombak-ombak bersama rasa kepiluan dalam hati. Mungkinkah yang diCINTAi tidak dapat dimiliki? Dari hari ke hari, CINTA kian bersemi dalam dakapan hari sewaktu berlari. Dalam diari perasaan diluahkan demi mencari kedamaian hati. Di taman sanubari CINTA telah bersatu untuk melakar hidup di alam yang diimpikan.

CINTA gadis kota pula jarang sekali kesetiaan dihargai dan senang tawar CINTAnya. Mudah hatinya bertukar dan berubah mengikut cita rasa. Kenangan yang dibina mudah bertiup pergi seumpama debu-debu kian berterbangan. Hubungan sosial yang luas memadamkan perasaan CINTA yang satu dan secara mendalam keasyikannya. Kesetiaan jarang dihormati kerana CINTA yang satu mengheningi tiada terpaut kukuh di dalam lubuk hati. Kesibukan waktu menyekat perasaan CINTA mengalir deras dalam belahan jiwa. 


Malah CINTA yang lahir senang mati apabila sesuatu yang terjadi di luar dugaan. Kemuncaknya dalam perCINTAan banyak perkara boleh berlaku. Apatah lagi keadaan trend kini √≥ne night stand’ sudah menjadi perkara biasa untuk membuktikan CINTA bila sampai ke paras kemuncaknya.

Yang pasti menjadi lumrah kegagalan dalam menggapai CINTA akan membawa kesan secara tidak langsung kepada peribadi diri. Tahap kekuatan dalaman jiwa terpulang pada diri untuk menghadapi konflik perasaan yang sentiasa membayangi diri. Barangkali banyak sudah muncul watak Laila Majnun yang tidak diketahui umum. Dan barangkali juga dia berada di kanan dan kiri anda? Pandanglah manusia di sekeliling dengan mata hati dan mata kasar. Pasti anda akan temui sesuatu yang baru. Dan mungkin memberi makna. Tanyalah pada hati, renunglah pada sebutir bintang. Di manakah letaknya CINTA dalam kehidupan? Pandanglah pada senja, nescaya apa tersembunyi memberi makna. Dan kita pasti berasa akan NILAI SEBUAH CINTA…

10 mUwAsAfAt tArBiAh

  1. Aqidah yang sejahtera
  2. Ibadah yang shahih
  3. Akhlak yang mantap
  4. Luas pengetahuan
  5. Sihat tubuh badan
  6. Mampu berdikari
  7. Melawan nafsu
  8. Sangat menjaga masa
  9. Tersusun urusannya
  10. Bermanfaat pada orang lain

Friday, February 18, 2011

kEiStImEwAaN wAnItA

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 org wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dlm kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jgn ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc....

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.

Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam..

cInTa

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita, tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH, nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya."

"Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai, tetapi sekiranya kita cinta kepada ALLAH, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga."

"Ya ALLAH, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku, maka campakkanlah dalah hatiku cinta kepadanya adalah kerana-MU, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah kerana-MU

Namun, andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-MU kepadaku, berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian, yang kau berikan kepadaku."

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-MU, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-MU."

"Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-MU."

"Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-MU."

"Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU,

Ya ALLAH, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-MU."

"Ya ALLAH, jika aku menikmati cinta kekasih-MU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhir-MU

"Ya ALLAH, jika aku jatuh hati pada kekasih-MU, jangalah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-MU." 

"Ya ALLAH, jika kau halalkan aku merindui kekasih-MU, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-MU."

Ameen...

Monday, February 14, 2011

 Rasulullah s.a.w. bersabda, "Janganlah kamu membenci bapa-bapa kamu. Barangsiapa membenci ayahnya bererti dia kafir." (Hadith riwayat Abu Hurairah r.a.)
 Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." (Hadith riwayat Tariq bin Syihab r.a.)
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman : seseorang yang mencintai Allah dan rasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka." (Hadith riwayat Anas r.a)
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w. bersabda : memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali ataupun tidak." (Hadith riwayat Abdullah bin Amru r.a)
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." (Hadith riwayat Imran bin Husaini r.a)

NASIHAT BUAT SETIAP DIRI (Part 2)

Bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Allah telah mewahyukan kepada Musa bin Amran di dalam kitab Taurat”:-
Sesungguhnya ibu segala kejahatan itu ada tiga:-
1.    Angkuh
2.    Hasad
3.    Bakhil

Kemudian pecahan daripadanya ada enam:-
1.    Kenyang
2.    Tidur
3.    Rehat
4.    Cinta kepada harta
5.    Suka pujian dan sanjungan
6.    Suka kemashyuran

Berkata pula Abu Bakar As-Siddiq r.a.:
“Ahli Ibadah itu ada tiga golongan, bagi setiap golongan itu ada tiga tanda untuk mengenalnya:-
1.    Satu golongan yang menyembah ALLAH kerana takut.
2.    Satu golongan yang menyembah ALLAH kerana harap (rahmat).
3.    Satu golongan yang Menyembah ALLAH kerana kasih.

Bagi golongan yang pertama itu ada tiga tanda:-
1.    Sentiasa mencela dirinya.
2.    Merasakan amalnya sedikit.
3.    Merasakan bahawa kejahatannya banyak.

Bagi golongan kedua ada tiga tanda:-
1.    Menjadi ikutan manusia dari segala segi.
2.    Terlalu murah hati di kalangan manusia dan zuhud terhadap dunia.
3.    Terlalu baik sangka dengan ALLAH dan kepada semua makhluk.

Bagi golongan ketiga ada tiga tanda:-
1.    Memberi apa yang dikasihinya dan tidak menghirau selainnya melainkan setelah diredhai ALLAH.
2.    Melakukan perkara yang tidak disukai oleh nafsu dan tidak menghiraukan yang demikian itu melainkan setelah mendapat keredhaan ALLAH.
3.    Dalam semua keaadaan bersama dengan pemimpinnya (ALLAH) iaitu pada suruhan dan juga pada apa yang dilarang (tegahan).
































NASIHAT BUAT SETIAP DIRI (Part 1)

Diriwayatkan:

Perkara pertama yang dijadikan oleh Allah ialah Qalam. Berkata Allah kepadanya:
“Tulislah segala kejadian hingga ke hari Qiamat.”

Dari Imam Ahmad dan Tarmizi


Perkara yang pertama ditulis oleh Qalam ialah:
“Aku ini yang tersangat menerima taubat. Aku mengampunkan atas sesiapa yang bertaubat.”

Said Ibnu Mansur


Diriwayatkan:
“Hari yang pertama dijadikan oleh Allah ialah hari Ahad.”

Ibnu Asakir


Diriwayatkan:
“Perkara yang pertama dijadikan oleh Allah daripada manusia ialah kemaluannya.”

Kemudian Allah berfirman:
“Inilah amanahKu kepadamu. Janganlah kamu meletakkannya melainkan pada haknya.”

Ibnu Abi Dunya


Diriwayatkan:
“Rumah yang pertama dibina di muka bumi ini ialah Kaabah.”

Ditanya orang kepada Rasulullah:
“Apakah tempat yang paling baik di muka bumi ini?”

Berkata Rasulullah:
“Aku tidak tahu sehingga aku bertanya kepada Jibrail.”
Ketika Rasulullahbertanya kepada Jibril: “Aku tidak tahu sehingga aku bertanya kepada Allah.” 


Kemudian berkata Jibril:
“Ya Rasulullah! Sesungguhnya sebaik-baik tempat di muka bumi ini ialah masjid, sebaik-baik ahlinya ialah orang yang paling awal masuk dan paling akhir keluar.”

Bersabda Rasulullah yang bermaksud:
“Akan datang sau masa di mana manusia duduk berkelompok-kelompok di dalam masjid, dan tiadalah perbicaraan mereka itu melainkan terhadap hal-hal dunia. Ketahuilah tiadalah Allah berhajat kepada mereka, maka janganlah kamu duduk bersama mereka.”

“Pertama-tama yang dicabut daripada hamba ialah malu.”

Ibnu Majah


“Pertama-tama yang dicabut daripada umat ini ialah malu dan amanah.”

Abu Nuaim


“Pertama-tama yang hilang dari agama kamu ialah amanah.”
Abu Nuaim

“Pertama-tama yang diangkat dari umat ini ialah amanah dan khusyuk.”
Imam Ahmad

“Kebaikan pertama dari umat ini ialah zuhud dan yakin dan kejahatan pertama ialah bakhil dan angan-angan.”
Thabrani

“Pertama-tama yang mengkiaskan urusan agama dengan fikiran ialah Iblis.”

“Fitnah yang pertama yang melanda Bani Israel ialah pada wanita.”

Ketika Allah bertanya di alam ruh sewaktu berhimpun seluruh ruh-ruh manusia: “Bukankah Aku ini Tuhan kamu.”
Pertama-tama yang menyahut: “Bahkan Engkaulah Tuhan kami.” ialah Rasulullah S.A.W.

Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali Allah berselawat kepadanya dengan sepuluh selawat. Barangsiapa yang berselawat kepadaku sepuluh selawat Allah berselawat kepadanya dengan seratus selawat. Barangsiapa yang kepadaku seratus selawat Allah berselawat kepadanya seribu selawat. Barangsiapa yang berselawat kepadaku seribu selawat, Allah mengharamkan jasadnya dan kulitnya dari api neraka.”

Diriwayatkan:
“Yang pertama sujud tatkala sujud kepada Nabi Adam ialah Israfil.”
Ibnu Abi Hatim.

Diriwayatkan:
“Yang pertama difardhukan ke atas umat Muhammad ialah sembahyang lima waktu dan yang pertama diangkat dari amalan ialah sembahyang lima waktu.”
Abu Ya’la.

Diriwayatkan:
“Adalah kesalahan yang pertama ialah hasad. Diarahkan supaya Iblis sujud kepada Nabi Adam tetapi disebabkan dia hasad (dengki) kepada Nabi Adam maka dia enggan.”
Ibnu Mundzar dan Ibnu Akasyar.

Diriwayatkan:
“Dosa pertama yang berlaku di langit ialah hasad.”

Dikatakan:
“Adalah permulaan dosa ialah takabbur, telah angkuhlah Iblis daripada sujud kepada Adam.”
Ibnu Abi Hatim.

Diriwayatkan:
“Yang pertama-tama yang memakai serban ialah Dzulkarnain al Iskandariah.”
Abu Syeikh Ibni Hayyan.

Bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Berserbanlah kamu kerana sesungguhnya para malaikat itu berserban.”

Dikatakan:
“Yang pertama-tama menggunakan mahkota ialah Namrud.”
Imam Sayuti

Diriwayatkan:
“Yang pertama-tama dihisab ialah Jibrail a.s. kerana dia adalah kepercayaan Allah kepada Rasul-rasulNya.”
Ibnu Hatim.

Diriwayatkan:
“Perkara pertama yang diperiksa daripada lelaki ialah tentang sembahyangnya.”
Al Hakim

Diriwayatkan:
“Perkara yang pertama yang akan disoal kepada perempuan pada hari Kiamat ialah mengenai sembahyangnya dan kemudian mengenai suaminya.”
Abu Syeikh

Diriwayatkan:
“Perkara pertama disoal kepada hamba pada hari Qiamat ialah mengenai nikmat-nikmatnya.”
Tarmizi

Diriwayatkan:
“Yang pertama diletakkan di atas mizan untuk ditimbang ialah perangai yang baik atau akhlak yang mulia.”
At Thabrani

Diriwayatkan:
“Yang pertama diletakkan di atas timbangan hamba ialah tentang nafkahnya terhadap keluarganya.”
At Thabrani

Diriwayatkan:
“Yang pertama bercakap dengan anak Adam di hari pengadilan ialah peha dan tapak tangannya.”
Ahmad

Diriwayatkan:
“Yang pertama memberi syafaat ialah nabi-nabi, kemudian ulamak dan seterusnya para syuhadak.”
At Thabrani

“Pertama-tama yang akan masuk syurga dari umat itu ialah Abu Bakar.”
Abu Daud

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang akan masuk syurga dari kalangan orang kaya ialah Abdul Rahman bin Auf.”
Abu Nuaim

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang akan masuk syurga ialah peniaga yang benar.”
Abu Syaibah

Daripada Aisyah r.a., berkata Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bala yang pertama yang berlaku ke atas umat ini sesudah peninggalan Nabi mereka ialah kenyang. Sesungguhnya sesuatu kaum itu apabila perut mereka kenyang, gemuklah badan mereka lalu lemahlah hati mereka dan liarlah syahwat mereka.”

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang akan melihat Allah pada hari kiamat ialah orang beriman yang buta matanya di dunia.”
Samrah Bin Jundub

Diriwayatkan:
Perkataan pertama yang diucapkan oleh Rasulullah S.A.W. sewaktu sampai ke Madinah ialah : “Wahai manusia! Berilah makan, sebarkanlah salam, hubungkanlah silaturrahim, sembahyanglah diwaktu malam ketika orang sedang tidur, masuklah kamu ke dalam syurga dlam keadaan sejahtera.”
Tarmizi

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang menentukan jam sebanyak dua belas jam ialah Nabi Nuh a.s. tatkala di dalam bahtera bagi menentukan waktu sembahyang.”
Ibnu Asakir.


Pertama yang azan di langit ialah Malaikat Jibrail.
Pertama yang azan dalam Islam ialah Bilal Rabbah.
Pertama yang Iqamat ialah Abdullah bin Zaid.
Abu Shaikh Ibn Hayyan
Pertama yang berpuasa: Adam a.s. sebanyak tiga hari dalam sebulan.
Ibn. Asakir

Pertama yang menghunuskan pedang untuk berperang pada jalan Allah ialah Zubair. Bersabda Rasulullah kepadanya ; “Allah sejahterakan engkau dan pedang engkau.”

Pertama yang syahid di dalam Islam ialah Al-Haris bin Abi Halah, ada yang mengatakan Sumaiyah ibnu Amar, syahid di tikam dengan tombak oleh Abu Jahal.
Ibn Saad.

Diriwayatkan:
“Pertama-tama orang yang akan sampai kepada telaga Kausar ialah orang yang berkasih sayang kerana Allah.”

Diriwayatkan:
Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu bertanya hakim tersebut:

“Kenapa kamu memukul kucing yang lemah ini?” Jawab lelaki tersebut: “Aku telah menjumpai kucing ini di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan tersangat lemah dan kesejukan. Kemudian aku mengambilnya dan memberinya makan serta minum. Aku pelihara ia hingga ia benar-benar sihat tetapi apabila ia telah sihat ia telah membuang najis di marata-rata tempat dirumahku.”

Kemudian berkata hakim tersebut: “Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita daripada kecil yang tersangat lemah dan dhaif lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah kita kecapi tetapi kita masih durhaka kepada Allah. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita durhaka Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNya.”
Selepas itu, beredarlah hakim dan beristighfarlah lelaki tersebut di atas dosa-dosanya terhadap Tuhan.


Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Assalamualaikum
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam
solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu
perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama
syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-
hati. Nama syaitan;
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya
bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah
yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa  henti.
8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin
kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita
menjadi  orang yang sentiasa membaiki bacaannya

HAKIKAT TIDUR

Sebaik sahaja dirimu membuka mata dari tidur, bacalah
doa kesyukuran. Bersyukurlah kerana usiamu telah
dipanjangkan Allah dengan rahmayNya. Bersyukurlah
kerana terselamat daripada kelalaian dan kelemahan
tidur. Dan insaflah bahawa hakikatnya, pintu taubatmu
masih terbuka. Dan ketahuilah bahawa tidur itu adalah
pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian.

Melalui tidur, Tuhan telah mengajar kita mengingati
kematian saban hari. Melalui tidur, Tuhan mengajar
kita hikmah mimpi. Dan adab-adab tidur juga Tuhan
tunjukkan kita melalui Nabi.oh betapa syumulnya Islam,
ia terbimbing dari hal yang sekecil-kecilnya hingga
kepada perkara yang sebesar-besarnya.

Berwudhu'lah sebelum tidur. Sesungguhnya Allah akan
memelihara rohmu disisiNya. Tetapi jika tidurmu tanpa
wudhu', Tuhan tidak akan memandang dikau dan
membiarkan jin dan syaitan mengganggumu. Akibatnya
sayang akan terbuai mimpi-mimpi kosong yang tidak
berfaedah, malah menarik ke arah kekufuran. Pengaruh
dari mimpi sebegini berupaya mencorak perlakuanmu,
jika dikau tidak mengetahui sumber-sumbernya. Amatlah
rugi jika ajal mendatangi kita ketika sedang tidur
dengan tidak berwudhu'. Roh kita akan terabai akibat
dari kelalaian kita sendiri.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat.
Mudah-mudahan mimpimu dikurniakan hikmah kerana ia
merupakan satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar
adalah mimpi yang diberkati Tuhanmu. Selain itu adalah
mimpi yang batil dari gangguan jin dan syaitan, dan
mimpi yang hambar terhasil dari panorama hidup
seharian. Ingatan terhadap mimpi adalah penerimaan
fikiranmu mentafsirkannya.

Sekiranya dikau tidak biasa atau tidak percaya dan
tidak dapat menerima berita-berita ghaib sebagaimana
dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah maka jadilah
segala-galanya tidak bererti dan tidak mendatangkan
faedah dan pengajaran kepadamu. Jadikanlah mimpi
sebagai mimpi dan permainan tidurmu.

Tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur
anggota tubuh akan dapat kerehatan dan tenaga akan
pulih kembali. Usahlah dikau tidur dengan
berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan
mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal
fikiran akan menjadi lemah. Akan tetapi, jangan pula
sayang tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat
demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah
sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh
Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya di
siang hari menguruskan pentadbiran dunia. Manakala,
tidur sedikit di malam hari dan bangun memperhambakan
diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh
tidur yang ideal dan amalan manusia hamba yang mencari
keredhaan Tuhannya.

Jauhkan dirimu daripada amalan tidur dua kali di siang
hari kerana amalan itu adalah perbuatan syaitan.
Hindarkan dirimu tidur terlalu lama supaya tidak
dikencingkannya. Dan janganlah tidur di siang hari
menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan
wajahmu dan rezeki menjadi mahal. Berusahalah menjaga
adab-adab tidur dan elakkan dari menelentang, kaki
bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung.
Tutuplah auratmu dan tidurlah di tempat yang
terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada
Allah, Insya Allah dirimu akan mendapat berkat.


Ingatlah bahawa masalah tidur sering dianggap remeh
temeh dalam hidup ini, tetapi pada hakiktnya ia adalah
jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan dirimu
hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca.
Sesungguhnya jurang ini telah dimanfaatkan oleh musuh
yang menjadikan panduan hasrat dan dengkinya dengan
sumpahan cela.

Ketahuilah ...

Bahawa syaitan telah bersumpah dengan tiga perkara.
Selagi makhluk Allah yang bernama manusia
melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka
luas dan mudah bagi mereka memperdaya : iaitu
Pertamanya keinginan untuk makan, Keduanya keinginan
terhadap perempuan dan Ketiganya keinginan untuk tidur
di mana selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus
subur dalam diri manusia maka selagi itulah tidak ada
kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia. Kita
semua tidak akan terselamat kerana itu adalah sifat
dan ciri-ciri manusia. Kita hanya terselamat jika
didikan Rasulullah dalam hal-hal berkaitan kita
amalkan. Itulah kurniaan Allah kepada kita, hamba yang
mencari keredhaanNya. Maka bersyukurlah sayang dan
jangan sekali-kali menyombong diri….


BERTUDUNG VS BERFESYEN

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Di dunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakkan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai di hati redha dan ikhlas
Di wajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, di Akhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

LOVE ALLAH 2 GET ALLAH LOVE'S
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...