Monday, February 14, 2011

HAKIKAT TIDUR

Sebaik sahaja dirimu membuka mata dari tidur, bacalah
doa kesyukuran. Bersyukurlah kerana usiamu telah
dipanjangkan Allah dengan rahmayNya. Bersyukurlah
kerana terselamat daripada kelalaian dan kelemahan
tidur. Dan insaflah bahawa hakikatnya, pintu taubatmu
masih terbuka. Dan ketahuilah bahawa tidur itu adalah
pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian.

Melalui tidur, Tuhan telah mengajar kita mengingati
kematian saban hari. Melalui tidur, Tuhan mengajar
kita hikmah mimpi. Dan adab-adab tidur juga Tuhan
tunjukkan kita melalui Nabi.oh betapa syumulnya Islam,
ia terbimbing dari hal yang sekecil-kecilnya hingga
kepada perkara yang sebesar-besarnya.

Berwudhu'lah sebelum tidur. Sesungguhnya Allah akan
memelihara rohmu disisiNya. Tetapi jika tidurmu tanpa
wudhu', Tuhan tidak akan memandang dikau dan
membiarkan jin dan syaitan mengganggumu. Akibatnya
sayang akan terbuai mimpi-mimpi kosong yang tidak
berfaedah, malah menarik ke arah kekufuran. Pengaruh
dari mimpi sebegini berupaya mencorak perlakuanmu,
jika dikau tidak mengetahui sumber-sumbernya. Amatlah
rugi jika ajal mendatangi kita ketika sedang tidur
dengan tidak berwudhu'. Roh kita akan terabai akibat
dari kelalaian kita sendiri.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat.
Mudah-mudahan mimpimu dikurniakan hikmah kerana ia
merupakan satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar
adalah mimpi yang diberkati Tuhanmu. Selain itu adalah
mimpi yang batil dari gangguan jin dan syaitan, dan
mimpi yang hambar terhasil dari panorama hidup
seharian. Ingatan terhadap mimpi adalah penerimaan
fikiranmu mentafsirkannya.

Sekiranya dikau tidak biasa atau tidak percaya dan
tidak dapat menerima berita-berita ghaib sebagaimana
dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah maka jadilah
segala-galanya tidak bererti dan tidak mendatangkan
faedah dan pengajaran kepadamu. Jadikanlah mimpi
sebagai mimpi dan permainan tidurmu.

Tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur
anggota tubuh akan dapat kerehatan dan tenaga akan
pulih kembali. Usahlah dikau tidur dengan
berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan
mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal
fikiran akan menjadi lemah. Akan tetapi, jangan pula
sayang tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat
demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah
sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh
Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya di
siang hari menguruskan pentadbiran dunia. Manakala,
tidur sedikit di malam hari dan bangun memperhambakan
diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh
tidur yang ideal dan amalan manusia hamba yang mencari
keredhaan Tuhannya.

Jauhkan dirimu daripada amalan tidur dua kali di siang
hari kerana amalan itu adalah perbuatan syaitan.
Hindarkan dirimu tidur terlalu lama supaya tidak
dikencingkannya. Dan janganlah tidur di siang hari
menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan
wajahmu dan rezeki menjadi mahal. Berusahalah menjaga
adab-adab tidur dan elakkan dari menelentang, kaki
bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung.
Tutuplah auratmu dan tidurlah di tempat yang
terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada
Allah, Insya Allah dirimu akan mendapat berkat.


Ingatlah bahawa masalah tidur sering dianggap remeh
temeh dalam hidup ini, tetapi pada hakiktnya ia adalah
jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan dirimu
hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca.
Sesungguhnya jurang ini telah dimanfaatkan oleh musuh
yang menjadikan panduan hasrat dan dengkinya dengan
sumpahan cela.

Ketahuilah ...

Bahawa syaitan telah bersumpah dengan tiga perkara.
Selagi makhluk Allah yang bernama manusia
melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka
luas dan mudah bagi mereka memperdaya : iaitu
Pertamanya keinginan untuk makan, Keduanya keinginan
terhadap perempuan dan Ketiganya keinginan untuk tidur
di mana selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus
subur dalam diri manusia maka selagi itulah tidak ada
kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia. Kita
semua tidak akan terselamat kerana itu adalah sifat
dan ciri-ciri manusia. Kita hanya terselamat jika
didikan Rasulullah dalam hal-hal berkaitan kita
amalkan. Itulah kurniaan Allah kepada kita, hamba yang
mencari keredhaanNya. Maka bersyukurlah sayang dan
jangan sekali-kali menyombong diri….


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...