“Tuhan memberikan kita 2 mata untuk melihat, 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan untuk bekerja, 2 telinga untuk mendengar, tetapi kenapa hati kita Cuma satu sahaja?? Adakah kita perlu mencari pasangannya.”
NASIHAT IBNU QAYYIM: Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali melaksanakan kehendak Allah s.w.t. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allahswt. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah. Di dalam hati manusia juga ada kegelisah dan tidak akan tenang dan damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali reda dengan suruhan dan larangan Nya serta qada dan qadar Nya serta sentiasa sabar hingga menemuiNya. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada Nya dan bermohon kepada Nya.
Kekerapan berzikir kepada Nya adalah keikhlasan sebenar kepada Nya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih lagi tidak dapat membendung hajat hati si hamba itu. Apa yang hati kata lain dari bicara mulut. Mereka sering tidak bersefahaman. Mulut sering sahaja menagih janji sedangkan hati memendam rasa. Namun akibat tindakan diri akan dirasai oleh keduanya.
KATA LUQMAN TENTANG AKAL DAN HATI: Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik. Hati memproses emosi. Akal dan logik menghasilkan tahu. Hati dan emosi mencetuskan kemahuan manusia.
Apabila kita meminta sesuatu dari orang lain dengan menyebut “Syafiq, buka pintu tu”, ia adalah arahan kepada akal. Apabila akal memahami arahan, ia akan memberikan kefahaman tentang reaksi dan tindakan yang sepatutnya diambil terhadap arahan itu. Namun arahan itu hanya dipedulikan oleh akal, walaupun boleh difahami, ia mungkin tidak mencetus mahu. Arahan itu tidak mengambil kira soal hati. Sedangkan kemahuan datang dari hati.
Bagaimana kalau ayat yang sama diungkap dengan cara yang lebih sopan, seperti “Syafiq, tolong bukakan pintu tu. Terima ksiah!” Bagaimanakah perasaan dan kesediaan kita untuk bekerjasama dengan permintaan yang sedimikian rupa, berbanding arahan pertama? Semestinya kita lebih bersungguh dan berkemahuan untuk memenuhi permintaan kerana perkataan “buka pintu” memberitahu akal, manakala perkataan “tolong” dan “terima kasih” menggerakkan hati.
Ketika Luqman menasihati anaknya. Beliau mulakan ungkapan nasihat dengan lafaz “ya Bunayya”, yang bermaksud sebagai “wahai anak ku sayang”. Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai papa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa mengungkapkannya, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah.
Manusia tidak bertindak berdasarkan apa yang dia tahu akal (akal), tetapi manusia bertindak berdasarkan apa yang dia mahu (hati). Jangan hanya mengeluarkan arahan, tetapi manfaatkan fitrah manusia yang ada perasaan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian
budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup
ada kekuasaan ilmu.
No comments:
Post a Comment