Ramai yang tahu bahawa kita adalah hamba Allah.
Namun berapa ramai antara kita yang sedar bahawa kita hamba Allah. Ya, ramai
manusia hanya tahu tetapi tidak sedar bahawa dirinya hamba Allah.
Justeru,
ramai yang berlagak seolah-olah ‘tuan’ (malah tuhan) dalam kehidupan seharian.
Sikap angkuh, tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada
diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan. Tahu dan sedar
adalah dua perkara yang sangat berbeza.
Tahu
terletaknya di akal – dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran
letaknya di hati – dengan memiliki penghayatan dan hikmah. Ini menjelaskan
mengapa ada orang yang cemerlang dan mudah naik pangkat dalam kerjayanya serta
serta hidup dalam keluarga dan suasana Islam tetapi tidak solat. Dia mungkin
tahu kebaikan solat tetapi tidak sedar akan kebaikan itu. Tahu, hanya ‘di
permukaan’, yakni baru bersifat pengetahuan dan teori. Manakala sedar adalah
mendalam, melibatkan kemahuan dan amali.
Kata hikmah dari Saidina Ali
Untuk
mengetahui apakah hakikat kesedaran, marilah kita dengar apa yang pernah
dikatakan oleh Saidina Ali yang bermaksud: “Manusia ketika hidup di dunia
semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).” Kata-kata
itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya apabila seseorang itu
mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap sejelas-jelasnya. Ketika
itu barulah si mati dapat “melihat” hidup dengan jelas dan tepat.
Setelah
diri berada di alam barzakh, barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang
perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu. Aneh, hanya
apabila meninggal dunia, baru manusia menyedari hakikat hidup di dunia. Seperti
kata pepatah, “setelah terhantuk (mati), barulah dia terngadah (sedar).”
Rupa-rupanya apa yang diburu semasa hidup di dunia hanyalah dosa. Manakala apa
yang dihindarinya pula adalah pahala.
Betapa
tersasar matlamat hidup selama di dunia akibat buta mata hati. Dalam alam
kubur, ketika debu-debu tanah menjadi ‘bumi dan langit’, barulah kita terjaga
dari ‘mimpi’ selama ini. Sayangnya, pada ketika itu, segala-galanya sudah
terlambat. Apa gunanya sedar di alam kubur kerana saat itu kita tidak boleh
berbuat apa-apa lagi untuk mengubah takdir. Jelaslah, sekiranya hidup di dunia
dilalui dengan penuh kesedaran, maka kebaikan dan manfaat kita akan perolehi.
Di
manakah letaknya kesedaran? Apabila Saidina Ali menggunakan istila ‘tidur’ dan
‘terjaga’, merujuk kepada mata? Tetapi anehnya, Saidina Ali mempunyai definisi
yang berbeza. Bila hidup, yakni ketika mata terbuka itu yang dikatakan bermimpi
manakala apabila mati (mata tertutup) dikatakan terjaga.
Apa yang dimaksudkan
oleh Saidina Ali dengan ‘terjaga’ tidaklah merujuk kepada mata di kepala,
sebaliknya merujuk kepada mata di hati (di dalam dada). Ramai manusia yang
hidup dengan mata hati yang tertutup. Bila mati baru mata hati itu terbuka.
Mata hati inilah yang disebut dalam Al-Quran sebagai yang ‘berada di dalam
dada’.
Seseorang akan memiliki satu
kesedaran hanya apabila mata hatinya terbuka. Dia melihat sesuatu bukan hanya
dengan pandangan mata kepala malah disertai dengan pandangan mata hati.
Pandangan mata hati adalah pandangan yang paling tepat dan benar kerana ia
mampu melihat yang tersirat di sebalik tersurat, dapat menerobos yang batin daripada
yang lahir dan mapu membezakan antara yang hakiki dengan ilusi.
Orang-orang
yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya
berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Kegagalan
dalam kemuliaan lebih baik
daripada
kejayaan dalam kehinaan.
Memberi
sedikit dengan ikhlas pula lebih
mulia
dari memberi dengan banyak
tapi
diiringi dengan riak.