Satu permulaan garisan perkenalan
Sebuah jalinan ukhwah persahabatan
Yg telah membibitkan kemesraan
Kerna....
Aku & Dia ada persamaan
Tatkala Aku mncari diri
Hadirnya Dia mmbawa erti
Mengajar Aku mengenali diri
Diriku sebenar.....
Seorang muslim yg sejati
Mengenali Dia satu keistimewaan
Menimbulkan seribu satu perasaan
Perasaan yang tidak pernah diundang
Namun.....
Apakah dayaku untuk menghalang
Kasih sayangku telah bersemi
Jauh dilubuk hatiku ini
Mungkin ini sebagai ganti
Tanda terima ksih kerana Dia sentiaasa disisi
Berkongsi suka duka hidupku ini
Biar terpaksa tempuh onak dan duri
Persahabatan ini akn ttap ku terusi
Kerna....
Ku msih memegang utuh di sanubari
Kepercayaan dan kesetiaan yang telah terpatri
Kiranya terjadi juga perpisahan
Hanya doaku sebagai iringan
Semoga dia mendapat kebahagiaan
Di samping insan tersayang
Kiranya di perbatasan waktu
Ingatan kita datang bertamu
Kenangilah seadanya
Jika Aku & Dia pnh bersama
No comments:
Post a Comment