Seorang mukmin ini baru shaja meninggalkan dunia.... sewaktu
beliau dimandikan ada seorang lelaki yang rupa parasnya elok, bersih, tampan
berdiri di kepalanya.... lelaki itu berdiri sambil memerhatikan si mati.....
orang lain sibuk menguruskan mandi jenazah, tetapi lelaki itu terus merenung ke
arah mayat mukmin tadi..... lelaki itu setia berdiri menemani mayat
tersebut.... selepas mayat tersebut disembahyangkan lalu di bawa ke liang
lahad.... ketika mana lubang kubur ingin ditimbus, lelaki yang tampan tadi
masih juga menemani si mati tersebut...
Seperti kebiasaan, selepas tujuh langkah orang meninggalkan
kubur, datanglah Munkar dan Nakir untuk sesi soal jawab.... Munkar dan Nakir
melihat ada seorang lelaki bersama si mati tersebut.... lalu Munkar dan Nakir
mengarahkan lelaki itu supaya beredar meninggalkan si mati.... tetapi lelaki
itu enggan meninggalkan si mati dan meminta Munkar dan Nakir meneruskan sesi
soal jawabnya....
Setelah selesai sesi soal jawab bersama Munkar dan Nakir,
lelaki itu menghampar permaidani dari syurga.... lalu lekaki itu memberitahu
kepada si mati bahawa dia tidak akan meninggalkan si mati keseorangan di alam
kubur sepertimana ketika hayat si mati, si mati tidak pernah meninggalkan
lelaki itu.... lelaki itu berkata, “aku lah alquran yang engkau tidak
putus-putus membaca siang dan malam.... yang membaca dengan nada perlahan dan
juga dengan nada suara yang lantang.... hari ini, aku akan temani kau sehingga
engkau dibangkitkan kelak”.....
Thursday, May 26, 2011
tEmAn aLaM bArZaKh
Labels:
iLmUwAn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment